Friday, February 15, 2013

Seorang manusia bernama Liabiliti

Assalamualaikum
salam Sejahtera

Seorang Liabiliti. Liabiliti adalah apa yang sesuatu yang ditanggung oleh seseorang individu atau kumpulan. Mudahnya seperti kita menggunakan kad kredit, beli apa saja yang menarik lirikan mata kita di kedai2, dan pada hujung bulan bil yang datang dengan hutang menggunung...itu ialah liabiliti.

Dalam keluarga, tanggungan juga ialah liabiliti, orang yang ditangung ialah liabiliti. diri sendiri juga ialah liabiliti. Masa sekarang, ditanggung dan menanggung cuma dibezakan oeh not2 merah, biru dan hijau. kalau tidak mempunyai not2 kertas tersebut, maka ditanggung lah beliau, dan ia bukan perkara luar biasa. Status juga dibezakan dengan not2 ini. darjat, kehebatan juga dibezakan oleh not2 ini. tidak perlu menipu diri sendiri, siapa tidak kagum bila melihat individu dengan Prada di kaki, Gucci di tangan, seutas Rado di pergelangan tangan, sambil memacu BmW ataupun Merc. Kalau itu terlalu tinggi, cuba lihat rakan korang, yang makan selalu cukup, bila bosan makan di Kfc atau Pizza Hut, yang mampu membeli apa saja yang beliau idamkan. dan lihat diri sendiri yang tidak mampu membeli apa2...pergh...indahnya hidup.

Orang kata wang bukan segala2nya,...tapi sekarang semuanya perlukan wang, untuk hidup, bukan makanan lagi yang menjadi keutamaan, tetapi wang, tanpa wang makanan pun tak boleh nak beli...lebih2 lagi jika hidup di hutan batu. lainlah jika tinggal di kawasan kampung. dimana kita boleh keuar ke belakang rumah dan memtik pucuk paku untuk dijaidkan ulam, atau ke tali air untuk memungut kangkung, indahnya hidup...pergh....

dalam hutan batu, tanpa wang anda ialah liabiliti, kepada rakan anda dan keluarga. aku ialah seorang liabiliti, namun ada sesuatu yang aku belajar daripada semua ini, dan ia berharga. dan untuk orang tak berapa betu mcam aku, budi yang dicurah kepada aku, sama ada ikhlas atau  tidak akan aku balas setimpal. seorang liabliti yang tidak boleh terhutang budi, kerana bila sudah berhutang, hutang mesti dibayar. itulah liabiliti aku. dan bukan membebankan bagi aku.

No comments:

Post a Comment