Sunday, April 14, 2013

Contoh Hidup Kosong

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

terbangun daripada tidur, celik mata, melihat siling di atas...toleh ke kiri, pintu terbuka luas, menunjukkan cuaca mendung selepas hujan, jam sudah tengahari...toleh ke kanan, seorang lagi member masih lena. bangun kemudian menuju ke bilik air, sambil membawa tuala, memandang air didalam baldi sambil air daripada paip mencurah kedalam baldi bekas cat yang lama. kosong.

selesai menguruskan diri, mundar mandir di dalam rumah tanpa arah tuju. tidak tahu apa yang perlu dibuat, kosong tanpa tujuan.

otak seakan2 tidak tahu apa yang perlu difikirkan, seperti baru melihat cahaya setelah terkurung dalam kegelapan. pelik. tapi kosong.

duduk dihadapan komputer, memasang lagu, kemudian memegang gitar, namun tiada bunyi terpetik. kosong.

mungkin terlalu jauh tertinggal...kosong.