Tuesday, February 19, 2013

kisah pendek di inbox telefon aku

Assalamualaikum?

Waalaikumussalam. yep2?

bru relod or what?

not really. tp sy x msg sepa2 juga kn~ haha

ok..mm..k laa, means u nda mau sms sepa2 kn? haha. k laa. i am nobody, so k. bai.

nope. what i meant is, kn smua org tgh keja skrg, xkn sy mw p kcu2 sms drg kn? and that including you...

mm. k sury for misunderstood.

hm....weird. knapa cm2? 

Monday, February 18, 2013

apa Impian anda?

Assalamualaikum
Salam sejahtera

What is your Dream?

Apa yang menjadi impian? apa yang kita jadikan sebagai impian? ini semua subjektif dan perspektif. tapi impian itu satu objektif.

Impian bukan sesuatu yang kita boleh fikir dalam sejam dua dan dijadikan matlamat seumur hidup. tapi impian lahir dalam sepintas lalu, sekelip mata. bila kita tahu dari hati kita bahawa itu lah yang kita inginkan, maka itulah impian. tapi nafsu dan juga keinginan boleh disalahertikan sebagai impian. sebab itulah impian itu subjektif dan terpulang kepada perspektif.

semua orang pun ada impian. tapi sekuat mana sanggup berkorban untuk impian itu? kuatkah impian itu untuk dijadikan impian? he...macam pakar motivasi aku menulis.

kalau kita mudah nak 'give up' dalam sesuatu benda, cuma perlu fikir, adakah apa yang kita buat itu merupakan batu loncatan untuk mencapai impian? ingat semula apa impian kita. kalau impian itu penting bagi kita, jadi kita takkan 'give up' dalam usaha mencapai impian itu. kalau give up, maka tak tercapai lah akalmu...eh...impian itu...hihi...

bosan dengan perkataan putus asa. nak berkawan dengan perkataan berjaya~ wahahaha~

Friday, February 15, 2013

A story of sense

Things that will not be spoken, yet you know it.

It is always around us. it has always been. Things that you will not say, but you know it. they know it, but they will not say it. it can be called sense, or sometimes understanding. some of it is very good, for it becomes understanding. then, there is certain times it becomes sense and it hurts inside, you know what they meant, from their actions, their eyes, but whats come from lips is so sweet that you doubt it if it is real.

Maybe it is just only a suspicious thought when you are going through hard times in your life.

when you have known somebody for quite a time, eventually you will be able to sense their action, from what in the beginning looks so sincere, you will find it in the end to be quite dissapointing, heart that you thought would never change will show it's true color when times come.

You know it, yet it would not be spoken.

there will no words coming out to clear the air of suspicion. it will lingers around until it has become so clear that you need to go away.

Going away.

is it the right move? will it clears everything? can it be put under the same roof with giving up and running away? answers is not there for you to have it. you will never know until time tells you so.

but, it is better to be truthful and solve the puzzle. it always been better solution. but without hurting heart? impossible.

Seorang manusia bernama Liabiliti

Assalamualaikum
salam Sejahtera

Seorang Liabiliti. Liabiliti adalah apa yang sesuatu yang ditanggung oleh seseorang individu atau kumpulan. Mudahnya seperti kita menggunakan kad kredit, beli apa saja yang menarik lirikan mata kita di kedai2, dan pada hujung bulan bil yang datang dengan hutang menggunung...itu ialah liabiliti.

Dalam keluarga, tanggungan juga ialah liabiliti, orang yang ditangung ialah liabiliti. diri sendiri juga ialah liabiliti. Masa sekarang, ditanggung dan menanggung cuma dibezakan oeh not2 merah, biru dan hijau. kalau tidak mempunyai not2 kertas tersebut, maka ditanggung lah beliau, dan ia bukan perkara luar biasa. Status juga dibezakan dengan not2 ini. darjat, kehebatan juga dibezakan oleh not2 ini. tidak perlu menipu diri sendiri, siapa tidak kagum bila melihat individu dengan Prada di kaki, Gucci di tangan, seutas Rado di pergelangan tangan, sambil memacu BmW ataupun Merc. Kalau itu terlalu tinggi, cuba lihat rakan korang, yang makan selalu cukup, bila bosan makan di Kfc atau Pizza Hut, yang mampu membeli apa saja yang beliau idamkan. dan lihat diri sendiri yang tidak mampu membeli apa2...pergh...indahnya hidup.

Orang kata wang bukan segala2nya,...tapi sekarang semuanya perlukan wang, untuk hidup, bukan makanan lagi yang menjadi keutamaan, tetapi wang, tanpa wang makanan pun tak boleh nak beli...lebih2 lagi jika hidup di hutan batu. lainlah jika tinggal di kawasan kampung. dimana kita boleh keuar ke belakang rumah dan memtik pucuk paku untuk dijaidkan ulam, atau ke tali air untuk memungut kangkung, indahnya hidup...pergh....

dalam hutan batu, tanpa wang anda ialah liabiliti, kepada rakan anda dan keluarga. aku ialah seorang liabiliti, namun ada sesuatu yang aku belajar daripada semua ini, dan ia berharga. dan untuk orang tak berapa betu mcam aku, budi yang dicurah kepada aku, sama ada ikhlas atau  tidak akan aku balas setimpal. seorang liabliti yang tidak boleh terhutang budi, kerana bila sudah berhutang, hutang mesti dibayar. itulah liabiliti aku. dan bukan membebankan bagi aku.

Bila 'X' Kembali mencari

Assalamualaikum
salam sejahtera

untuk pertama kalinya. aku menulis entri blog ketika aku tidak melayarkan diri di internet atau mudahnya meng-online-kan diri.

secara tiba2 aku merasa sesuatu yang mendorong aku untuk terus menaip sesuatu di papan kekunci untuk dijadikan entri blog...pergh...

jadi, inilah dia, hasilnya bila otak tiba2 berkuasa~ pergh....

apa yang aku nak kisahkan disini ialah tentang pengalaman yang aku pasti bukan aku saja yang pernah lalui..pergh...mesti korang2 pernah punya...

pengalaman tak semestinya berbentuk peribadi ataupun luahan hati, jadi korang tidak akan dikisahkan dengan drama melayu romantis tahap cekerarama daripada aku...pergh...tapi masih juga berkaitan. hehe...
(entri aku tulis, ikut kepala aku la~)

baru2 ini, aku dikejutkan oleh mesej yang dikirim melalui fb, dan ia datang daripada seorang individu yang aku tak pernah jangka akan mengirimkan mesejnya kepada aku...ya~ tepat sekali seperti yang aku teka dalam kepala aku..seorang gadis telah mengirimkan mesej kepada seorang aku yang macam aku...pergh...sungguh mengejutkan beliau...

untuk pengetahuan aku sendiri...dialah yang membawa suatu pengalaman buat aku ini...ya..beliau lah yang memberikan pengalaman yang gila dan juga gila manis kepada aku, walaupun lebih banyak peria mentah daripada madu. pergh...

aku masih terkejut...sehingga ke hari ini.

mungkin adalah perkara biasa untuk 'ex' datang kembali, sama ada sebagai rakan, teman, musuh, merujuk kembali ataupun apa2 yang berkaitan, dan sangat pasti kita yang didatangi ini tidak dapat mengelak daripada mempersoalkan mengapa beliau datang bertamu dalam hidup kita yang tidak berapa nak pasti ini. alangkah hebatnya beliau mengirimkan pesanan berbaur ucapan maaf sebagai pembuka bicara, chewah...dan alangkah hebatnya beliau untuk tidak tahu bahawa aku makan nasi berulam pucuk ubi, bukan ucapan maaf bertubi dan penyesalan diri. aku ketawa.

aku sangat tenang membalas mesej beliau, malah boleh bertanya kabar tentang kekasih yang beliau pilih sesudah bosan dengan aku. hahaha~ aku ketawa....dengan jawapan beliau - kami ada haluan masing2. bila aku tanya apa maksudnya, beliau menjawab - ada maksud tersirat ke? aku ketawa melihat mesej2 beliau, adakah memberitahu aku bahawa kamu sudah tidak bersama? apakah kaitan dengan aku yang jauh ini? wahaha~ aku ketawa lagi...

oleh kerana aku tidak boleh tidak menyindir walaupun dengan gadis yang kuminati, maka dengan itu aku laju menaip2 ayat sindiran kepada beliau, bukan aku membalas dendam, tapi aku memang susah untuk tidak menyindir, dan reaksi beliau ialah bersalah dengan apa yang dia lakukan dulu dan ingin memutar masa, pergh...sungguh seperti drama melayu dan sinetron...bermulalah babak 'zoom' ke mata hero dan heroin. aku, oleh kerana sudah kenal dengan beliau, tidak hairan bahawa ayat ini akan keluar. oleh itu, aku membiarkan seperti tidak membaca ayat itu dan bertanya tentang pelajaran beliau. hoho...

akhirnya beliau memberikan nombor beliau. nombor yang aku tak pernah lupa dulu, sekarang dah tak ingat pun..pergh...sorry lah kawan, kredit aku tamat tempoh...bertambah lah alasan ku tidak me-mesej kamu..pergh....

entri personal...import terus daripada hati, transit di otak ke papan kekunci.

Wednesday, February 6, 2013

Rabu datang lagi

Dari google daa...

Aku mring dan tak berapa betul

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

baru sekejap tadi aku diilhamkan oleh seorang teman untuk post yang baru ni, kenapa miring? begitulah pertanyaan beliau. sekarang terpaku di kepalu ku dengan soalan ini :

kenapa aku pilih nama ini?
Akumiring
Aku tak berapa nak betul

hmmm...kalau korang ingat masa budak2 dulu, ayat yang selalu terpacul di mulut selain 
Makk~~~ atau Ayah~~~ ialah Gila~~~~

kalau dulu, memang sangat anti dengan perkataan seperti ini, malah boleh mendatangkan amarah dan memulakan pergaduhan~ pergh....
sekarang? perkataan ini jadi macam biasa dalam kehidupan seharian, caci maki tu macam air keluar dari paip, untuk segolongan orang la...pergh~

jadi, aku pulak selalu dikaitkan dengan gila, aku tak juga gila, lagipun pada pendapat aku yang tak berapa nak betul ni, orang gila tak mengaku dia gila, jadi orang tak gila kena mengaku dia gila la kan? kalau diutarakan persoalan la...pergh~

aku pilih nama blog ni macam ni sebab bila aku buat post bengong+bengang di masa hadapan kelak, tidaklah mengundang kegilaan orang...

kurang2 diorang fikir, (oh, post orang tak betul sangat ni~)

tapi!!!!!

tapi kalau aku post benda gila2 punya cantik (tengok? gila lagi..) mesti nampak ironi di situ kan? haha~ aku ketawa seorang diri.

dan~ semua orang pun ada sifat gila beliau sendiri, jadi terpulang kepada definisi masing2 la kan? pergh~

HAHA.


Friday, February 1, 2013

Korea : Runningman dan K-pop

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

sejak beberapa bulan ni aku boleh dikatakan tersangkut dalam ribut trend korea, musik korea, drama korea, program korea, orang korea, bendera korea, nama korea, kucing pun korea...pergh~

aku tak berapa nak layan sangat korea ni (dulu), tapi ada juga yang best pasal diorang ni, sekarang aku tak cerita pasal vocal band korea yang tak berapa nak vokal ni...tapi lebih kepada satu hip-dop duo di korea

sumbat dari google

hip-hop duo terdiri daripada Kang Garie dan Gil..pergh..suara Gil ni jenis serak basah camtu, ada sikit cam Ramli Sarip, cuma genre musik berbeza...tapi memang best, Garie pula bahagian rap, lirik beliau memang pergh....memang bagus.

aku kenal diorang ni sebab aku tengok Runningman, variety show di korea, lawak juga la diorang dalam program ni, jadi aku sangkut dalam ribut korea sebab runningman, tapi runningman ni memang femes dah pun, dah dekat dua tahun dah berjalan dan masih kekal.


pergh...memang best~