Saturday, April 21, 2012

Dia yang jatuh cinta lagi

kalau jatuh cinta, dapat kah nak kata tidak? kalau korang jatuh cinta, boleh kah korang kata tidak? aku tahu aku tak boleh kata tidak, tapi aku boleh untuk tidak mengakuinya, tidak berterus terang kepada diri sendiri, dan cuba biar perasaan tu terus pergi.

orang kata, "kalau dah suka, jangan tipu diri lagi, pergilah dan berterus terang kepadanya"

BERTERUS TERANG

berapa ramai yang boleh melakukannya, bermulut manis kata jujur, bertompok2, berlambak2 di luar sana yang boleh buat, baik lelaki mahupun perempuan, sama saja, keduanya bermulut manis. tapi yang jujur mengakui perasaan mereka? memang ada~ dan sangat berani dan hebat bagi aku orang2 macam ni.

jadi apa kaitan dengan semua ni? apa kaitan dengan aku? hehe~

aku tak pandai bercerita, melainkan apa yang berlaku kepada aku, dan sekarang aku  dia dah jatuh cinta.
wah! dia jatuh cinta la! sejak bila? dia tak percaya dengan kata hati dia sejak apa yang 'dia' lakukan dulu. jadi kenapa sekarang? norma seorang manusia, untuk sayang, dan disayangi, untuk jatuh cinta, untuk suka, untuk benci, itu manusia.

perkara ini memerlukan dua pihak, jadi siapa lah yang malang tu? haha~ biar lah dulu, sebab dia rasa salah untuk mempunyai perasaan seperti ini, jadi persoalan sekarang, adakah dia patut terus berperasaan seperti ini atau berhenti dari bermimpi untuk bersama gadis itu?


Monday, April 2, 2012

seorang lelaki dan draft

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

kalau hari ni masih tak indah buat korang, ingat la orang yang tak makan 2-3 hari pun masih bersyukur sebab masih hidup di dunia ni~

peh~ siapa lelaki? ya, aku adalah lelaki~ dan tak aku sangka, dah dekat setahun aku berblogging~ (memang dah salah tatabahasa disitu, aku tahu la~) dan aku nampak satu benda yang bertambah dengan proaktif~ draft~

DRAFT

DRAFT

DRAFT

Peh.....berlonggok penuh dah aku tengok, yang ada distu cuma idea ja...haha~ nampak lah kemalasan aku disitu, dah la sekarang semakin jarang buka blog, sebab aku sekarang menjalani dua kehidupan iaitu sebagai pelajar diwaktu siang dan dot..dot..dot diwaktu malam~ ngeh! 

DOT DOT DOT? WAKTU MALAM?

haha~ bukan yang tak baik ok~ aku saja taruk camtu, bagi korang saspen sikit~ tapi malam ni aku terpaksa merehatkan diri, sebab badan aku tak leh nak ikut rentak otak aku dan semangat aku...huh...mesti dah letih sangat ni, sampai badan mudah sakit...tapi, kalau aku tak buat camni, aku tak dapat nak capai objektif aku, ubah nasib aku, famili aku, aku tau jugak mesti ada orang cam aku jugak kat luar tu, siang study, malam buat benda lain, semua demi senang di masa depan, kadang2 nampak mudah ja semua ni, bergantung kepada pemikiran inidividu, bagi aku, mudah ja semua ni, tapi sayangnya badan manusia ni tak sekuat mana, tetap ada tahap yang tak boleh dilepasi juga...

itu cerita pasal aku yang baru2 ni,

sekarang aku nak cerita pasal satu benda baru, bagi aku.
aku tau korang takda lah minat sangat nak dengar pasal aku...ka korang ada hati jugak nak tau? haha~ ok2~
baru2 ni, aku ada melalui satu perbualan yang boleh berlangsung sampai 2-3 jam..wah~ hebat kan?
perbualan ni aku lalui dengan seorang teman, aku boleh katakan dia ni agak unik jugak, dengan tahap ego yang unik, panas baran yang unik, dan juga sikap wanita moden zaman sekarang, eh? aku cakap wanita ka? err...tak da lah! bukan lah! 



ok, berbalik kepada perbualan tu, dia banyak bercerita tentang diri sendiri, maksud aku tentang diri seorang manusia, hati manusia, masalah manusia, inspirasi, motivasi, rasioanal tiap sesuatu yang ada, walaupun aku sentiasa membantah, em...bukan membantah, lebih tepat berdebat tentang poin2 yang dia beri,  aku dapati yang bila kita asyik lalui perkara yang negatif, kita sukar nak bersikap positif, ya, kita boleh cuba, bukan aku kata mustahil, tapi sukar, negatif dalam konteks yang aku maksudkan ialah, walaupun kita berkelakuan positif dan mengangap positif tentang tiap perkara tu, kita tak boleh nak elak dari memberikan pandangan negatif terhadap perkara tu, mungkin sekali disebabkan pengalaman yang kita lalui tu. 

contohnya, kita pernah menjalani kaunseling, tapi kaunselor tu pulak memang tak layak la digelar kaunselor, dan langsung tak membantu dan menjalankan tugasnya, berdasarkan pengalaman ni, konfem la kita akan rasa kaunselor ni tak membantu, dan bila kita bersikap positif, kita akan anggap tak semua kaunselor macam tu, positif dah ni, tapi kita masih juga akan beranggapan bahawa kaunselor tak banyak membantu kita, kenapa? sebab apabila kaunselor yang dulu tu tak membantu, kita akan cuba menyelesaikan masalah kita tu sendiri, dan apabila kita dapat melalui masalah tu, perlukah kaunselor? dan di masa akan datang mungkin ada yang akan cadangkan supaya berjumpa kaunselor, tapi disebabkan pengalaman yang kita dapat tu, dengan mudah kita akan mengangap kaunselor tidak banyak membantu,
disebalik sikap positif pasti akan timbul sifat negatif tu.

faham tak? tak faham? haha~ berbelit sangat ka?