Friday, December 30, 2011

Kalau aku jumpa kau aku Potong Tangan kau!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejatera~

Aish...geram nih! kalau aku jumpa memang sah pulang tak bertangan kau! kau ingat senang kau jak, susah orang lain ada pikir ka? arggghh!!!!!!!

apa? kau tak da jalan lain dah ka nak cari duit? nak jugak makan harta haram nih? tak takut balasan di akhirat ka?

ohh....kau ingat kau datang malam2 buta tuh kau banyak peluang la nak rembat-merembat? huh, sepandai2 ayam melintas, mati jugak dilenyek lori, inikan orang macam kau?

wah...kau ingat kau hebat la menyusup masuk rumah orang ek? rembat segala yang ada?
chewah...chewah....

ni lah yang tersembul dari mulut mulut penghuni rumah yang rumahnya dimasuki insan insan ninja tak berlesen ni...haih...dalam dunia punyalah banyak kerja halal boleh dibuat, yang mencuri ni jugak dipilih...

aku teringat kes di kampung aku, dua orang pencuri siap guna pukau lagi nak pecah rumah orang, sekali dua dia lepas, malam kedua dia datang, orang kampung kejar habis habisan, pergh...jam 4 pagi tu....ketua kampung yang jalan pun dah tak lurus siap angkat tongkat tibai dua orang tuh, huh...dasat jugak view masa tuh, nasib ja tak dikudungkan dua mamat tuh...sebab polis datang cepat...teringat ayat polis tuh

"saya tak bimbangkan pencuri ni terlepas, tapi saya takut saya bawak mayat pulang ke balai"

pergh...ganas tak ganas?

aku pernah jugak jadi mangsa kecurian nih, henpon aku yang murah tu pun lesap dikebas, kes masa duduk di asrama tahun lepas, huhu...geram weh....pastu masa tu kecoh dengan orang hilang laptop..pergh...ramai pulak tu yang kena kebas....dalam hal ni, warden, pak jaga, polis pun tak membantu, kenapa? sebab kita cuma dapat lapor dengan diorang, tapi takkan ada langkah seterusnya..paling hebat pun diorang datang dan tengok2, kalau nak diorang buat checking habis, jangan harap la...jadi kesimpulan paling hebat? setel sendiri, cari sendiri....huh....

aku nampak nota kaki lah....: ini entry geram. 

Wednesday, December 28, 2011

Bersedialah bila hijabmu dibuka

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

kali ni aku terasa nak cerita antara pengalaman aku sebagai manusia nih...aku teringat nak cerita tentang benda ni selepas aku nampak profile picture seorang kawan tuh....terus semua cam flash back filem di mata aku. jadi kali ni, aku nak share dengan kisah ni, korang nak percaya atau tak, terpulanglah, sebab yang nampak dan mengalami tuh aku....

hari tuh,hari khamis, sekaligus menjadikan malamnya ialah malam jumaat. aku bersiap siap mengemas kedai (keluarga aku ada buka kedai makan) dengan parents aku. dah siap tuh, kitorang pun naik lah "kapal selam"(van abah aku nih!) dan nak pulang kerumah...kedai kitorang nih di pekan putatan sabah nun~ rumah pulak dalam 20minit camtu lah perjalanan...taklah jauh sangat, kitorang leh berbasikal g dari rumah ke pekan nih,...

pekan putatan malam (sumber dari Uncle Google)
okeh...untuk sampai kerumah, aku kena lalu sebuah jambatan nih, jambatan ketiau, jambatan ni terletak di jalan menuju ke Sabindo, atau Lok kawi, atau kem lok kawi. jalan ni dan jambatan ni memang agak terkenal jugak la dengan ke"keras"an. eksiden, orang mati kena bunuh, kereta dengan pemandu takda kepala (ni adik aku side by side dengan moto) . Sungai tu pulak ada jugak ceritanya, sebab diorang ada jumpa mayat kena bunuh kat situ. jadi keras la tempat nih, tapi aku belum lagi pernah jumpa dengan mana2 benda sehinggalah hari tuh.

Aku rasa Tuhan nak aku ingat, dan nak bagi aku tengok, sebab hari tu, serius aku ingat hari rabu, langsung tak sedar yang hari tuh hari khamis, kira jam aku lewat sehari dah ni...(biasalah kalau kena cuti 4bulan nih...) jadi, masa kami melalui jalan tuh, (jalan ni jalan utama kalau korang dari KK nak ke Papar), aku ternampak sekujur tubuh ni di hujung jambatan tuh. 

sumber dari google

Persepsi pertama
"siapa lah wat lawak ni?"

kemudian kitorang pun lalu jambatan tuh, aku mula naik heran, sebab benda tuh disebelah kiri jalan, tapi pengguna jalan ni nampak rilek ja semua, mak aku yang duduk sebelah tempat penumpang pun buat tak tau ja nih, tambah pulak motor yang potong kami dari sebelah kiri, selamba ja lalu...rilek ja..

van kitorang sekarang betul2 disebelah benda tuh

jarak kitorang cuma dalam 5 meter ja, sebab benda tuh berdiri betul2 dihujung jambatan dan disebelah jalan raya, yang memisahkan kitorang cuma lorong kecemasan ja, masa aku tuh aku leh nampak dengan sejelas2nya mata aku boleh nampak. tambah pulak dengan cahaya dari lampu jalan dan kereta, jadi memang jelas la...

"keadaan benda tu penuh dengan kesan tanah dan darah, macam baru je keluar dari kubur, masih siap berbungkus dengan semua ikatan masih terikat rapi, bahagian mukanya kelihatan, aku nampak mata dia tajam memandang kearah jalan masuk jambatan tu, mukanya penuh dengan lelehan darah,aku boleh cam yang benda tu lelaki,sebab nampak mukanya, pastu dia tak berdiri lurus, tapi condong kearah jambatan tuh."

kali pertama nampak, aku tengok ja benda tuh, dalam 5 saat camtuh, aku toleh, dia masih kat situ.

sekejap kemudian, aku toleh lagi, pun masih kat situ.

kali ketiga, toleh lagi! masih kat situ jugak!

kali keempat tak toleh dah, aku tanya mak aku, 

 aku : "mak, ada nampak apa2 ka tadi?"
mak: teda pun? pa kau nampak?
aku diam.

aku mula rasa debar, mula gundah, terus mula membaca ayat Kursi, peh...Tuhan jak tau perasaan masa tuh, nak kata manusia, tak jugak, sebab kalau orang, mesti mak aku nampak, dan persoalan kedua, boleh ke manusia berdiri condong camtu dalam keadaan terikat? persoalan ketiga, kawasan tuh kawasan kampung, takkan orang kampung tak nampak kot kalau manusia?

hah....aku Istigfhar...masa tu baru aku sedar, masa dan waktu, aduh....

sampai kat rumah, aku ceta kat parents aku, diorang kata "rezeki kau~"

Sampai sekarang, asal aku lalu tempat tu, konfem naik bulu roma, tak kira lah pagi ke, tengahari ke...peh...

ni kisah aku, takda tokok tambahnya lagi...terpulanglah korang nak percaya atau tak, tapi, kena ingat bukan manusia je tinggal di bumi ciptaan Tuhan ni...Wallahualam....

Sunday, December 25, 2011

bila kerja tahap gaban muncul

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

ya...ya...tak payah kmurang kecoh...aku tau la aku lama tak hapdet, bukan aku saja2 hilang cam chipsmore ok...
tapi kerana KEKANGAN KERJA TAHAP GABAN!!!!!
pergh...kerja kursus, test, assignment....berlambak tak ingat!
tinggal gila ja tak jadi ni... aku ada satu ceta ni nak kongsi..hii....

kisah ni tentang aku daa.....

malam tu, aku tengah rush2 nak siapkan kerja ni, biasalah bila stadi marketing, kenalah buat marketing plan, actually kitorang dah dua kali buat, tapi yang pertama tu kena tolak..huhu...T.T
ok...percepatkan cerita....sebab aku ni dah ngantuk(3 ari tdo cuma 8 jam ja tu!) malam tu aku tibai sebotol livita...pergh...memang fresh la! tapi penat badan tu tak hilang tau, ngantuk hilang tapi penatnya tak hilang...tapi aku dapat teruskan jua...dalam jam 4 tu... berlaku lah satu event~~~

kawan: (ke dapur amik air,nampak aku tengah ngadap lappy)
aku: (tengah ngadap lappy)
kawan: (kuar dari dapur nampak aku dah tido,tiba2...)
aku: wargh keja tak siap lagi!!!!!! (pastu lentok dan tido....)
kawan : (dia ke atas, 10min kemudian, dia turun, tengok aku...nampak aku tido..tiba2...)
aku: wargh!!!! kenapa tak siap lagi ni!!!!(pastu lentok dan tido)

seyes ne!!!! kawan aku ceta kat aku...haha...nak kata aku ngigau, tak jugak,sebab aku ingat aku ngadap lappy, tapi...itulah bila otak dah penat sangat...terus jadi sot ni...haha(org sabah punya gaya cakap,sot=bengong)

haha...akhirnya aku lentok untuk beberapa jam, grup member aku yang sorang tu plak, tak kejut pun aku, sebab dia cakap aku dah penat sangat, dia biar aku rehat...hhiihi..baik kan dia? Adrian banus namanya, tanak wagu mantad id tambunan, dusun kio!!!! hii~~~(korang tak paham? hihi...tanyalah aku nanti..haha!) 

kali di kaki aku tak taruk nota dah : korang len kali jan suka tido tak ikut masa k, bahaya tau, cepat tua karang..hihi...and kalau ada kerja, jangan lah nak tangguh..siksa woh~

Sunday, December 11, 2011

Sekarang 9, lepas tu 19, 90, 900 pastu 990..akhirnya 1990!!!!

Assalamualaikum!
Salam Sejahtera kmurang!!!

aku rasa happy nih!! (knapa pla mamat ni cmni? stress ke apa?)
nak taw?? for the first time..i got 9 follower!! hihi~
happy sgt la aku kan???? haha...
bukan pa...tapi aku menghargai sangat mereka2 ni...jadi entry ni aku dedicated untuk 9 yang pertama ni..hihi

yela...bukan aku nak tunjuk pa2 pun..cuma, bila dah ada follower beriban ni, dah tak heran kalau bertambah follower,sebab kita tau blog kita ada tarikannya...tapi bagi blogger baru cam aku nih, punya follower dan reader tuh means blog aku ada sesuatu yang worthy untuk orang baca (ataupun memang takda)
benda nih buat aku  jadi semangat nak terus blogging, sememangnya aku buka blog pun sebab suka-suka, berkongsi perspektif hidup, mencari rakan dan sahabat,

Jadi kat sini, aku nak cerita la sikit...antara aku dan 9 follower nih... hihi!!


this girl is my first follower...hihi~ dia nih blogger dari sarawak..sama2 study di tempat yang sama dengan aku. aku suka blog dia, sweet ja nih.. hihi...

Naurah Nawwarah


ni pulak gadis selangor yang banyak tolong aku dalam blogging stuff ne...dia yang banyak bagi tunuk ajr kat aku, suh join itu, ini...buat itu ini...hihi...kira sifu pun ada la jugak...and walaupun dia lagi senior dari aku sebagai blogger, tapi dia tak kedekut ilmu tau..hii...thx to u gadis selangor..hohoo~

Fadzmie mohamad


aku suka blog dia nih! entry2 dia memang best lar...and dia pun antara blogger yang bagi aku, hebat...hihi..


Khalila


haha.....ne pemilik blog yang comel lotey...blog dia pun secomel orangnya...tp kalau cakap tulis pun tak guna kan, baik korang check it out...hihi~

Izwan


dia ni blogger group WSB..hihi...WSB?? kalau nak tau, cari ja picture wsb dalam blog ni...then korang tau la pa tu wsb..hihi~

YNA


ni pla blogger yang best kalu korang suka makan, kenapa? sebab entry dia banyak tentang tempat2 makan, hehe...aku suka, kalau ada peluang, aku nak gi tempat yang dia tunjuk tu..hoho..tapi pitih la jadi halangan sekarang ni T-T

Schaza


blog polka dot!!! and purple~ aku tau dia suka suju..haha...aku kurang dengan k-pop, tpi kalau korang minat k-pop, rasanya dia ni sama cam korang..hihi~

Eyra


um..dia kata prvate online diary, tp...aku kenalkan jugak la kat korang...hihi...

Cik Atiera

hah! cik ni mesti dah ramai yang kenal kan???? hehe.....aku taw ttg dia ni, sebab cik NN ajak aku join segmen dia ni, aku join je la....blog dia pun best...

hehe...semua pun best la bagi aku kan???  thx to my first 9 follower...hehe...

dikaki ni ada nota lah~ : aku tak exaggerate okay...hehe~



Monday, December 5, 2011

Cara meng-handle Assignment

Assalamualaikum~ selamat sejahtera kmurang~

disini aku nak share dengan kmurang cara nak handle assignment korang! hoho!!!

1. korang dapat je kerja terus on the spot siapkan kerja tuh~ kompom takdanya nak tekanan lagi..hehe


2. korang tengok garis mati kerja tu, kalau cepat, korang pun cepat la wat kerja...kalau lambat korang pun ikutla lambat...senang kan?


3. korang tengok kerja tuh, pastu pikir ari2 camna nak siapkan...tapi jangan sentuh, bila dah agak2 banyak korang pikir, korang pi la buat kerja tuh, kompom berdesup korang buat kerja sebab dah banyak idea~ haha


4. buat tak tau aja...agak2 esok nak antar, malam tuh korang berhempas pulas buat...kompom siap esok ari..kalau tak siap tu..err..err..k next tips!


5. korang terima kerja tu, terus korang buang, bila dah sampai time hantar tuh, katalah tak tahu~ kompom setel masalah~


6. korang buat cam korang tak da kerja lansung, even kerja ada pun buat cam takda..haha

di kaki memang ada nota : ni entry stress gilakkk!!! buat senyum2 2k kta suma~ haha

Realiti seorang pelajar universiti

INI PERASAAN SEORANG ORANG.

Assalamualaikum~
selamat sejahtera~
good morning and good night!! 
wuih~ 
besanya time camni memang masih awal lagi untuk ramai orang..especially student...macam bru jam 9 sekarang nih....haha...sebenarnya aku rancang nak tido awal malam nih, tapi ada masalah la plak~ jadi tak dapat nih nak tido...msalah apa? oopsss~ masalah peribadi dan kerja takkan menggangu masa tido aku k~ haha
nih lah masalah yang berkaitan dengan kesihatan nih....memang buat tido terganggu oh~huhu~
jadi sebab aku tak boleh nak tido, aku merajinkan diri mengisi entry baru di bulog buruk nih~ haha

"bukan cam kamu, duduk di u, aku nih pa ada??"
"tengok budak u bercerita, kita ni pa ada??"
"kamu ja la paling pandai, kan student u~"
"kamu la ada masa depan, bukan cam aku x masuk u~"

Seriously, mesti kmurang pernah kena ayat2 camni dari member kmurang kan? sama2 study di sek. menengah, dah abis exam, kmurang dapat rezeki lebih masuk universiti, kawan kmurang plak terkandas...
pastu mula keluar ayat camni dari mulut diorang...dan konfem jugak klau dah berkali2 asyik benda yang sama diorang cakap, kamu pn pandai fedup jua kan? hhoo~

kadang2 tuh, aku terasa hati jua dengan ayat2 camni keluar dari mulut member yang sama berjuang2 dalam hidup nih...sepertinya satu kesalahan pulak bila melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi...
huh~ member..pliss la, law korang rasa hancur dengan hidup korang, tak payah la nak condemn hidup orang lain k?tau tak menyakitkan hati tu? bukan aku masuk universiti ni tuk saja sakitkan hati korang..tapi untuk ubah hidup aku yang sedia2 lebih parak dari hidup kmurang tu~ (hoh~ itu emosi yang menaip tuh!)

ok2...tarik nafas...lepas...k relax2...kmurang pun relax juga~

dikaki tertera sedikit nota : ya..post yang tergantung ini memang disengajakan~ korang nak baca, bacalar...korang ada pengalaman sendiri, kita kongsi kat komen mengomen tuh...korang tak suka? padulik pa saya?! hahaha!