Tuesday, January 29, 2013

Lelaki. Secawan Teh dan Blog

Assalamualaikum
salam sejahtera

baru2 ni member rumah aku semua pergi praktikal, meninggalkan aku seorang diri di rumah dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang....

pergh....duduk seorang di rumah, macam2 aku boleh buat....

tapi aku cuma duduk depan komputer....
pergh.....

pergh....aku rasa macam sangat bosan, tapi aku suka pula keadaan macam ni...pergh.....

aku pergi ke dapur, aku buat air teh...pergh....

angin pula tiup kencang tapi takda tanda2 nak hujan...pergh....

pergh....memang best.....

Sunday, January 27, 2013

lagu, dan semangat

Assalamualaikum
salam sejahtera

malam ni aku tak dapat nak tidur, lebih2 lagi bila aku boleh meng-online-kan diri~ peh~ laju ja jari ni klik2. tapi aku bukan masuk benda bukan2 okay~ aku layan lagu two steps from hell~

peh~ semangat woh~ kalau korang suka lagu epic2 yang buat meremang bulu roma tu, yang buat rasa semangat semacam, yang terus nak pergi berperang tu, hah! aku cadangkan diorang ni, memang lagu yang diorang compose power la~

kalau aku agak2 nak semangat nak training, aku konfem layan lagu ni dulu.

duduk diam2.
tutup mata.
tenangkan fikiran.
dengar lagu diorang.

dah agak naik semangat tu baru leh traning gila2~ haha 
(aku suka seni mempertahankan diri, tapi tak suka gaduh)

layan luk!!

Assalamualaikum

Saturday, January 26, 2013

100 pepatah- rumah sewa tepi kubur- bahagian pertama

Assalamualaikum
salam sejahtera

ni idea aku dapat masa lepak2 cerita dengan member abel a.k.a tembadau a.k.a borneobison.
jadi kami putuskan untuk buat 100 pepatah dalam bahasa melayu. semua ni original hasil perahan otak yang sudah kering dan juga perkataan yang selalu kitorang sebut2 di rumah~ hoho

1. bila legend mandi, semua lambat pergi kuliah.
2. biar gay asal seksi.
3. jarak cuma nombor bila kita bercinta (inju)
4. cerita tanpa penghujung yang bahagia bagaikan kesatria tanpa puteri
5. bila epp berkata-kata, salah pun jadi betul.
6. sarkastik ialah cara hidup.
7. elak gaduh, ejek selalu.
8. bila abel bersuara, semuanya salah.
9. tiada guna umur muda kalau muka tua.
10. kalau buang dalam sungai, ikan pun timbul.
11.  40 ringgit, legakan stress.
12. siapa isi ari?
13. wau! nasi tinggal sikit la!
14. hooooohhh!!
15. biar kena rejek 4 kali, yang penting usaha(abel)
16. tambah pengetahuan dengan jurnal.
17. dorcel sebelum exam, terbaik~(dorcel ialah filem lawan2 di kapal terbang)
18. bila 1 orang berak, semuapun mau berak.
19. parti = mimpi ngeri
20. malam, hiburan. pagi, kogutan.


Malam di kota bharu

Assalamualaikum
salam sejahtera

kalau korang adalah pelajar macam aku, (macam aku) jadi mesti kamu tengah menikmati cuti semester sekarang ni, aku menikmati cuti ni dengan duduk di rumah di sewa di kota bharu ni, bersama wan, inju dan abel~ kami berempat daripada tujuh konco2 rumah ni bercuti di rumah sewa, pergh~
member aku yang tiga orang ni tengah sibuk nak praktikal esok (diorang dah semester akhir), aku sepatutnya sekali juga dengan diorang ni. tapi aku memilih untuk memanjangkan pembelajaran aku di perantauan ini sebanyak 1 semester lagi...menyesal? tidak~ sebab masing2 ada kemampuan dan jalan sendiri, aku ada empat kursus lagi yang tak selesai, jadi kena setel sem depan la ni...

jeles juga aku tengok orang habis study awal ni, cepat diorang lepas, tinggal lah aku sorang2 disini~ tapi itu bukan masalah, sebab kita kena belajar berdikari. berdikari dan lelaki perlu sebati.

lelaki yang tak boleh berdikari tak boleh hidup sendiri, beristeri mahupun memasak kari(?) 

bagi aku la~ hidup ni kita yang punya, kenapa nak bergantung dengan orang lain? tapi nyawa ni Allah yang punya, jadi kena bergantung dengan Dia.~ hihi~ ingat ni!

bila aku renung2 rumah ni, masuk 4 semester juga kitorang di rumah ni, walaupun macam tongkang pecah, bocor sana sini, tapi rumah ni tempat kami berteduh sepanjang kami belajar. masa semester 1 dan 2 kami di machang, duduk rumah lain pula. 5 semester juga aku duduk dengan member2 aku ni. antara yang terbaik la diorang. kitorang rapat macam adik beradik, kadang bergaduh tapi banyak jenaka. 

walaupun lain bangsa lain agama, tapi kitorang semua selamba.

lepas ni susah dah nak jumpa satu sama lain~

aku dengar suara inju dibawah bising2 bunyi korea(peminat), wan pula keluar cari makan, abel pula layan demam dengan komik~ pergh~ aku macam ni la di atas, menikmati alam maya dan tulisan berjela-jela.

sekarang aku blur. 

~assalamualaikum~

Old School macam aku

Assalamualaikum
salam sejahtera~

ahai~ semestinya aku mulakan tinta tak berbahasa ni dengan ucapan paling manis di telinga manusia~ wahahaha~

rajin2 bagi ucapan camni~ sejuk telinga orang mendengarnya~ hoho
(sejuk mata pun boleh~)

old school~ new school~ modern~ tradisi~ ketinggalan~

ni perkataan memang biasa didengar dan diucap2~

tapi aku fokus kepada yang pertama, old school~

aku rasanya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang agak old school~ ya kot? baju yang aku pakai, seluar yang aku pakai, kasut yang aku pakai~ tapi tak lah sampai macam beliau2 pulak~ haha

lagu yang aku dengar pun~ kebanyakan band yang aku minat ialah band rock 80-90 an~ band malaysia ataupun luar...tapi aku lebih kepada band luar la, bukan tak sokong muzik tempatan, tapi aku
enjoy good music with good lyrics and insanely high pitched voice~

aku tak juga lahir di zaman yang aku suka ni~ tapi aku boleh cakap aku 90'an (sebab lahir 1990) dan secara tak langsung cara aku bercakap, cara aku berinteraksi dengan cara aku bawa diri pun jadi agak lain dari orang lain.

contohnya, aku tak boleh nak bersms dengan orang suka menggunakan 
ejaan unik+menyusahkan+pelik+geli nak mampus

ala...shayunk2, koe bwuat apew iteeww(contoh ayat)

adeh! nasib baik aku guna 3310, terbang terhempas pun masih bertahan~ haha~
aku tak boleh la benda2 camni, naik gerutu badan aku nampak, haha! 
tapi ini sekadar pembuka bicara saja.

aku nak cerita tentang cara mendekati seorang wanita.(alamak mode mat jiwang)
perempuan pada apa yang aku nampak sangat mudah tercair oleh kata2 manis dari mulut yang manis ditambah muka terlebih manis. pergh~ cair macam ais kacang disimbah susu krimer pekat manis.

dulu punya ayat manis: aku tak tidur lena tanpa melihat wajahmu permaisuri hati ku
sekarang punya ayat manis: awak cute la, geram saya tengok.

err....macam tu ka? tapi aku bab2 ayat ni aku tak pandai, aku suka terus terang dan tak tunggu lama, macam seorang lelaki sejati(ni la old school yang aku maksudkan)
kalau dia kata tidak, aku terima tapi aku tak mengalah. tiada pujuk rayu, dan kata cinta, cuma hati ikhlas beserta kejujuran(chewah). tapi sekarang boleh lagi ka guna cara ni?

perempuan dulu2 suka kalau lelaki yang berani terus terang dan yakin, teguh. yang berani berterus terang tanpa dolak dalih dan kata pujangga.
perempuan sekarang masih macam tu ka? aku pun tak tau, korang nilai sendiri, dan aku bukan nak tuju siapa2, cuma aku suarakan apa yang aku fikirkan~ hoho~

assalamualaikum.


Kembali ke papan kekunci

Assalamualaikum
salam sejahtera

lama.
sangat lama
tersangat la lama.

aku tak tulis sesuatu yang baru dalam blog yang kecil lagi hina dina ini(cheawwah~)

ni kali bukan kes takda idea atau malas ni! tapi dek kerana kekangan saluran untuk menmpah idea yang penuh dikepala~ huahhaha~ tapi apa-apa pun aku disini dan kembali!! tapi tidak lah sampai 1 hari 1 post. kalau buat camtu ada mati kering juga kepala aku, dan juga bertebaran la idea-idea yang tak boleh pakai.

jadi...pertama sekali, semestinya update atau perkembangan tentang diri aku dulu
(blog aku! aku punya suka la nak syok sendiri!hahaha)

ehe~ jangan marah ar~ aku blur2 ni, jadi mesti aku cerita benda yang dah terjadi dulu~
tapi sebab ada banyak, jadi aku tak cerita sekarang. hahaha!

lepas ni aku akan cerita~ banyak~ jangan bimbang jangan takut~ hoho~

untuk sekarang~ jaga diri jaga hati~ ohhoho!

Assalamualaikum~