Friday, September 23, 2011

Komunikasi? atau komedisasi?

tahan ka kalu berkomunikasi macam nih?
hari ini aku membuka laman bulog ni sedikit awal daripada biasa. mungkin kerana aku semangat sangat nak meng-hupdet-kan bulog yang semakin menarik hati nih~ chewah~ macam berjumpa dengan aweks la pulak kan~ hehe~ (aku nih masih sendiri lagi weh~) hari nih aku ada pengalaman yang boleh aku katakan terbaru dalam 21 tahun hidup aku~

------------------ kisahnya -----------------------

ketika spotlight besar masih memancar di atas kepala, aku dan mereka mula keluar mencari mangsa~ wah! bukan kegiatan tidak bermoral seperti di muka akhbar tu, tapi melaksanakan perintah Puan Besar merangkap Pensyarah. haha~ Apa misi kami? mencari dan menjalankan satu sesi perbualan yang pendek dalam bahasa Inggeris bersama pelancong. Dan pelancong itu mestilah omputeh~ pergh~ sorang daripada mereka sanggup memilih 10 presentation berbanding assignment nih~ haha! sebenarnya bukan sukar sangat. tapi dek kerana kami nih jejaka yang pemalu,bertimbang rasa dan bersopan santun, maka hal ini memberi satu halangan yang agak hebat untuk kami tempuhi. tapi demi menyiapkan tugasan nih, kami paksa  dan memberanikan diri menempuhi cabaran yang menimpa~ haha~ aku? baru niat ja dah mula menggelodak perut, rama-rama mula muncul didalam perut~ ramai juga sasaran kami, tapi ntah la, kami tak dapat nak mendekati diorang nih. semacam ada medan kuasa yang menghalang antara kami dan mereka~ wah~

---------------- pengalaman si aku ------------------

aku memulakan langkah dengan menegur seorang lelaki, sebaik saja aku buka mulut, dia terus cakap "i just did this with 3 other group,so i would like to skip".... aku diam.....kelu....malu......hahaha~ dah patah hati ini, macam putus cinta pulak~ takpa, seterusnya aku menegur pulak dua gadis(?) dari Belgium, wah~ berjalan lancar operasi~ tahu tak? untuk mendapatkan cuma 4minit perbualan nih, kami dah berjalan lebih kurang setengah hari di tengah bandar tuh~ huhu~ tapi ini satu yang baru,dan aku suka~ haha~

---------------- kenyataannya ------------------------

satu lagi sebab mengapa sukar kami melakukan tugasan ini? kerana takutnya mereka(pelancong daa~) kepada kami. hehe~ muka dah la brutal, ramai pulak tuh, (dalam 5 orang) tiba2 ja terus menuju mereka, kalau korang,mesti korang lari kan? hahaha....ada sorang mat saleh nih, punya laju dia berjalan, cepat dia menuju kawasan yang ramai orang~ nampak sangat dia takut kitorang terkam dia~ haha~ walhal kami nih orang baik2 (baik la sangat~) dari situ aku simpulkan, komunikasi antara sepesis yang sama lebih sukar. terutama kaum lelaki, kalau wanita, nampak relax ja pulak~ tapi itu mungkin disebabkan lelaki nih bersikap kool dan ego, jadi komunikasi menjadi sedikit sukar~ hehe~ tapi itulah istimewanya lelaki~ hehe~ memuji diri nampak~ haha! tapi kalau korang berkesempatan, pergilah berbual dengan diorang nih, seronok tau, sebab diorang nih lebih mesra. haha~ dan dapat juga melatih cara kita berkomunikasi~ hehe~

--------------- aku ikat kata-kata ----------------

setakat itu lah hari nih, kalau aku teruskan,alamatnya boleh aku kepilkan menjadi sebuah novel hanya dengan satu entry, haha~ jari-jari aku nih memang kepoh berbanding tuannnya...haha~ ok bloggers~ Good Night!

No comments:

Post a Comment