Sunday, September 25, 2011

Face and Feelings~

kenapa tesenyum bila terluka?
kenapa menangis bila gembira?
normalnya manusia, menunjukkan emosi dan rasa hati di wajah mereka.
uniknya manusia, riak di muka dan riak hati seperti magnet saling menolak.
ada jua manusia yang hilang emosi di wajahnya. cuma kelihatan kusam dan membatu.
mungkin kerana terlalu memendam.

MEMENDAM perasaan.
baikkah begini?


aku sering melihat sekeliling aku orang2 sebegini. bertahan dan berperang dengan perasaan sendiri. aku hormat dengan orang sebegini. mereka mempunyai kekuatan untuk meneruskan hidup dengan cara mereka. aku suka begitu. mungkin juga kerana itu cara hidup aku. tapi, satu yang pasti, apa yang terpendam itu tidak boleh diperap lama. sam speperti roti, bila lepas tarikh luput, ia mula berkulat dan basi. perasaan juga seperti itu. jika dibiar, boleh memudaratkan. cari lah ruang untuk melepaskan perasaan itu,  ada banyak cara. cuma terpulang kepada kita samada ingin menerima dan membuka hati untuk menerima atau tidak.

---------------------------------- aku diam ----------------------------------

aku rasa dia, mereka dan kamu juga pernah rasa luka di hati. rasa sakit yang tak boleh dijelaskan dengan sains dan fakta. seorang daripada mereka bertanya, berapa lama untuk luka ini sembuh? bagi aku, luka di hati takkan pernah sembuh, ia cuma menjadi parut hitam di hati . terlalu bamyak luka, maka bertambah lah parut sehingga hati itu tak merasakan sakit melainkan berdarah kembali. orang berkata, kalu kita terluka, orang lain boleh megubatinya, tapi bagi aku, mereka tidak mengubati tapi memberikan bius supaya kita lupa akan kesakitan itu.

apa yang anda rasa?

No comments:

Post a Comment