Wednesday, October 5, 2011

A thing or Two about Malaysia

ini adalah apa yang aku lihat semasa aku berada di hari peladang (banyak barang murah wei~) untuk melepaskan lelah study, biasalah kalau pelajar, dimana ada murah disitu la dia, dimana ada diskaun, nampaklah dia, dimana ada promosi, disitu lah dia membelek2, kan? haha~

-------------- jejari mula merapu -----------------------


normallah kalau mula merapu, okay, sekarang apa yang aku nampak disana? ini adalah event yang berlaku di newcastle kelantan baru2 nih~  antara event yang aku hormat, event nih lah...kenapa? sebab bisnes ada di dalamnya, mengubah taraf hidup rakyat pun ada juga. kenapa lagi? hari peladang nih boleh dikatakan medium untuk para SME a.k.a IKS  memasarkan dan mempromosi produk mereka, dari air minum, sampailah kraf tangan, sehinggakan ubat panau, jerawat dan entah apa lagi punya ubat. baguslah begitu kan? ada juga peluang usahawan tempatan nih nak bertapak. selain tuh, ada juga jual baju, kasut dan lain2 yang meme* menarik minat remaja nih, sebab murah kan...pastu lawa dan bergaya, JENAMA terkenal lagi, haha~ you know what i mean~  dari segi kualiti tuh, TAK perlu BIMBANG lah...hehe~ kalau pandai mata melihat,bijak tangan membelek, pandai hati memilih, boleh tuh dapat yang berkualiti...hehe~ walaupun tak berapa nak ori~ haha~ (pengalaman menjelajah jualan bundle) . event nih di buat di perkarangan stadium kat sini, jadi, tempat tuh aku boleh cakap agak strategik, sebab memang tumpuan orang pun... walaupun masih banyak lagi peningkatan yang boleh dibuat, ehe~ buah, sayur, barang bertani, hah~ itu memang ada lar, dah namanya hari peladang kan~ ahaha

---------------- tenang -----------------------------

satu aku nak highlight sini, satu persembahan dari dua orang beliau,aku ada amik video diorang nih, tapi aku tak dapat nak upload pi sini lah~ server rejected dia kata, (korang bagi lah suggestion camna nak atasi hal nih) jadi aku cerita ja lah. diorang nih membuat satu persembahan silat lah, sempena penutupan hari peladang tuh, apa yang hebat? diorang perform tuh lebih dari 15 minit, bersilat tuh! beliau tuh! pergh~ memang respek tabik spring lah~ nampak gaya diorang nih memang dah biasa buat persembahan, tapi mungkin sebab ke-beliau-an diorang nih,  diorang tak lah sepantas mana, dan nak angkat kaki pun macam susah ja nak capai kepala nih...ehem! tapi bukan itu fokusnya, apa yang aku lihat, ialah bagaimana warisan itu masih wujud dan terus diperjuangkan, tapi sayangnya generasi muda tuh yang kurang, aku tak cakap tak da, tapi kurang...

aku tahu sememangnya ada dan ramai yang mempelajari warisan nih, tapi ada tak diorang nih memperjuangkannya? supaya tak luput ditelan masa? aku tak salahkan muda atau yang tua, cuma aku rasa terpanggila nak menceritakan hal nih, kenapa tidak kita bersama2 menjaga warisan kita nih? bukan setakat silat jak, tapi semua yang lain. langkah kerajaan tuh tak payah cerita lah, diorang tuh dah banyak dah buat kerja, cuma tinggal kita nih sebagai rakyat untuk menyedari tentang hakikat nih. bagaimana nak perjuangkan kmurang tanya? hehe~ banyak cara der~

  • join jak dan belajar tentang warisan kita.
  • promosi dan tahu tantang warisan tuh.
  • tidak memperlekehkannya.
  • sayang lah dengan warisan tuh,tak da salah kan?
ahha~ macam?

dia nih pun belajar silat, kita?




No comments:

Post a Comment