Showing posts with label Pengalaman si Aku. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman si Aku. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

lagu, dan semangat

Assalamualaikum
salam sejahtera

malam ni aku tak dapat nak tidur, lebih2 lagi bila aku boleh meng-online-kan diri~ peh~ laju ja jari ni klik2. tapi aku bukan masuk benda bukan2 okay~ aku layan lagu two steps from hell~

peh~ semangat woh~ kalau korang suka lagu epic2 yang buat meremang bulu roma tu, yang buat rasa semangat semacam, yang terus nak pergi berperang tu, hah! aku cadangkan diorang ni, memang lagu yang diorang compose power la~

kalau aku agak2 nak semangat nak training, aku konfem layan lagu ni dulu.

duduk diam2.
tutup mata.
tenangkan fikiran.
dengar lagu diorang.

dah agak naik semangat tu baru leh traning gila2~ haha 
(aku suka seni mempertahankan diri, tapi tak suka gaduh)

layan luk!!

Assalamualaikum

Saturday, January 26, 2013

Malam di kota bharu

Assalamualaikum
salam sejahtera

kalau korang adalah pelajar macam aku, (macam aku) jadi mesti kamu tengah menikmati cuti semester sekarang ni, aku menikmati cuti ni dengan duduk di rumah di sewa di kota bharu ni, bersama wan, inju dan abel~ kami berempat daripada tujuh konco2 rumah ni bercuti di rumah sewa, pergh~
member aku yang tiga orang ni tengah sibuk nak praktikal esok (diorang dah semester akhir), aku sepatutnya sekali juga dengan diorang ni. tapi aku memilih untuk memanjangkan pembelajaran aku di perantauan ini sebanyak 1 semester lagi...menyesal? tidak~ sebab masing2 ada kemampuan dan jalan sendiri, aku ada empat kursus lagi yang tak selesai, jadi kena setel sem depan la ni...

jeles juga aku tengok orang habis study awal ni, cepat diorang lepas, tinggal lah aku sorang2 disini~ tapi itu bukan masalah, sebab kita kena belajar berdikari. berdikari dan lelaki perlu sebati.

lelaki yang tak boleh berdikari tak boleh hidup sendiri, beristeri mahupun memasak kari(?) 

bagi aku la~ hidup ni kita yang punya, kenapa nak bergantung dengan orang lain? tapi nyawa ni Allah yang punya, jadi kena bergantung dengan Dia.~ hihi~ ingat ni!

bila aku renung2 rumah ni, masuk 4 semester juga kitorang di rumah ni, walaupun macam tongkang pecah, bocor sana sini, tapi rumah ni tempat kami berteduh sepanjang kami belajar. masa semester 1 dan 2 kami di machang, duduk rumah lain pula. 5 semester juga aku duduk dengan member2 aku ni. antara yang terbaik la diorang. kitorang rapat macam adik beradik, kadang bergaduh tapi banyak jenaka. 

walaupun lain bangsa lain agama, tapi kitorang semua selamba.

lepas ni susah dah nak jumpa satu sama lain~

aku dengar suara inju dibawah bising2 bunyi korea(peminat), wan pula keluar cari makan, abel pula layan demam dengan komik~ pergh~ aku macam ni la di atas, menikmati alam maya dan tulisan berjela-jela.

sekarang aku blur. 

~assalamualaikum~

Old School macam aku

Assalamualaikum
salam sejahtera~

ahai~ semestinya aku mulakan tinta tak berbahasa ni dengan ucapan paling manis di telinga manusia~ wahahaha~

rajin2 bagi ucapan camni~ sejuk telinga orang mendengarnya~ hoho
(sejuk mata pun boleh~)

old school~ new school~ modern~ tradisi~ ketinggalan~

ni perkataan memang biasa didengar dan diucap2~

tapi aku fokus kepada yang pertama, old school~

aku rasanya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang agak old school~ ya kot? baju yang aku pakai, seluar yang aku pakai, kasut yang aku pakai~ tapi tak lah sampai macam beliau2 pulak~ haha

lagu yang aku dengar pun~ kebanyakan band yang aku minat ialah band rock 80-90 an~ band malaysia ataupun luar...tapi aku lebih kepada band luar la, bukan tak sokong muzik tempatan, tapi aku
enjoy good music with good lyrics and insanely high pitched voice~

aku tak juga lahir di zaman yang aku suka ni~ tapi aku boleh cakap aku 90'an (sebab lahir 1990) dan secara tak langsung cara aku bercakap, cara aku berinteraksi dengan cara aku bawa diri pun jadi agak lain dari orang lain.

contohnya, aku tak boleh nak bersms dengan orang suka menggunakan 
ejaan unik+menyusahkan+pelik+geli nak mampus

ala...shayunk2, koe bwuat apew iteeww(contoh ayat)

adeh! nasib baik aku guna 3310, terbang terhempas pun masih bertahan~ haha~
aku tak boleh la benda2 camni, naik gerutu badan aku nampak, haha! 
tapi ini sekadar pembuka bicara saja.

aku nak cerita tentang cara mendekati seorang wanita.(alamak mode mat jiwang)
perempuan pada apa yang aku nampak sangat mudah tercair oleh kata2 manis dari mulut yang manis ditambah muka terlebih manis. pergh~ cair macam ais kacang disimbah susu krimer pekat manis.

dulu punya ayat manis: aku tak tidur lena tanpa melihat wajahmu permaisuri hati ku
sekarang punya ayat manis: awak cute la, geram saya tengok.

err....macam tu ka? tapi aku bab2 ayat ni aku tak pandai, aku suka terus terang dan tak tunggu lama, macam seorang lelaki sejati(ni la old school yang aku maksudkan)
kalau dia kata tidak, aku terima tapi aku tak mengalah. tiada pujuk rayu, dan kata cinta, cuma hati ikhlas beserta kejujuran(chewah). tapi sekarang boleh lagi ka guna cara ni?

perempuan dulu2 suka kalau lelaki yang berani terus terang dan yakin, teguh. yang berani berterus terang tanpa dolak dalih dan kata pujangga.
perempuan sekarang masih macam tu ka? aku pun tak tau, korang nilai sendiri, dan aku bukan nak tuju siapa2, cuma aku suarakan apa yang aku fikirkan~ hoho~

assalamualaikum.


Kembali ke papan kekunci

Assalamualaikum
salam sejahtera

lama.
sangat lama
tersangat la lama.

aku tak tulis sesuatu yang baru dalam blog yang kecil lagi hina dina ini(cheawwah~)

ni kali bukan kes takda idea atau malas ni! tapi dek kerana kekangan saluran untuk menmpah idea yang penuh dikepala~ huahhaha~ tapi apa-apa pun aku disini dan kembali!! tapi tidak lah sampai 1 hari 1 post. kalau buat camtu ada mati kering juga kepala aku, dan juga bertebaran la idea-idea yang tak boleh pakai.

jadi...pertama sekali, semestinya update atau perkembangan tentang diri aku dulu
(blog aku! aku punya suka la nak syok sendiri!hahaha)

ehe~ jangan marah ar~ aku blur2 ni, jadi mesti aku cerita benda yang dah terjadi dulu~
tapi sebab ada banyak, jadi aku tak cerita sekarang. hahaha!

lepas ni aku akan cerita~ banyak~ jangan bimbang jangan takut~ hoho~

untuk sekarang~ jaga diri jaga hati~ ohhoho!

Assalamualaikum~

Monday, April 2, 2012

seorang lelaki dan draft

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

kalau hari ni masih tak indah buat korang, ingat la orang yang tak makan 2-3 hari pun masih bersyukur sebab masih hidup di dunia ni~

peh~ siapa lelaki? ya, aku adalah lelaki~ dan tak aku sangka, dah dekat setahun aku berblogging~ (memang dah salah tatabahasa disitu, aku tahu la~) dan aku nampak satu benda yang bertambah dengan proaktif~ draft~

DRAFT

DRAFT

DRAFT

Peh.....berlonggok penuh dah aku tengok, yang ada distu cuma idea ja...haha~ nampak lah kemalasan aku disitu, dah la sekarang semakin jarang buka blog, sebab aku sekarang menjalani dua kehidupan iaitu sebagai pelajar diwaktu siang dan dot..dot..dot diwaktu malam~ ngeh! 

DOT DOT DOT? WAKTU MALAM?

haha~ bukan yang tak baik ok~ aku saja taruk camtu, bagi korang saspen sikit~ tapi malam ni aku terpaksa merehatkan diri, sebab badan aku tak leh nak ikut rentak otak aku dan semangat aku...huh...mesti dah letih sangat ni, sampai badan mudah sakit...tapi, kalau aku tak buat camni, aku tak dapat nak capai objektif aku, ubah nasib aku, famili aku, aku tau jugak mesti ada orang cam aku jugak kat luar tu, siang study, malam buat benda lain, semua demi senang di masa depan, kadang2 nampak mudah ja semua ni, bergantung kepada pemikiran inidividu, bagi aku, mudah ja semua ni, tapi sayangnya badan manusia ni tak sekuat mana, tetap ada tahap yang tak boleh dilepasi juga...

itu cerita pasal aku yang baru2 ni,

sekarang aku nak cerita pasal satu benda baru, bagi aku.
aku tau korang takda lah minat sangat nak dengar pasal aku...ka korang ada hati jugak nak tau? haha~ ok2~
baru2 ni, aku ada melalui satu perbualan yang boleh berlangsung sampai 2-3 jam..wah~ hebat kan?
perbualan ni aku lalui dengan seorang teman, aku boleh katakan dia ni agak unik jugak, dengan tahap ego yang unik, panas baran yang unik, dan juga sikap wanita moden zaman sekarang, eh? aku cakap wanita ka? err...tak da lah! bukan lah! 



ok, berbalik kepada perbualan tu, dia banyak bercerita tentang diri sendiri, maksud aku tentang diri seorang manusia, hati manusia, masalah manusia, inspirasi, motivasi, rasioanal tiap sesuatu yang ada, walaupun aku sentiasa membantah, em...bukan membantah, lebih tepat berdebat tentang poin2 yang dia beri,  aku dapati yang bila kita asyik lalui perkara yang negatif, kita sukar nak bersikap positif, ya, kita boleh cuba, bukan aku kata mustahil, tapi sukar, negatif dalam konteks yang aku maksudkan ialah, walaupun kita berkelakuan positif dan mengangap positif tentang tiap perkara tu, kita tak boleh nak elak dari memberikan pandangan negatif terhadap perkara tu, mungkin sekali disebabkan pengalaman yang kita lalui tu. 

contohnya, kita pernah menjalani kaunseling, tapi kaunselor tu pulak memang tak layak la digelar kaunselor, dan langsung tak membantu dan menjalankan tugasnya, berdasarkan pengalaman ni, konfem la kita akan rasa kaunselor ni tak membantu, dan bila kita bersikap positif, kita akan anggap tak semua kaunselor macam tu, positif dah ni, tapi kita masih juga akan beranggapan bahawa kaunselor tak banyak membantu kita, kenapa? sebab apabila kaunselor yang dulu tu tak membantu, kita akan cuba menyelesaikan masalah kita tu sendiri, dan apabila kita dapat melalui masalah tu, perlukah kaunselor? dan di masa akan datang mungkin ada yang akan cadangkan supaya berjumpa kaunselor, tapi disebabkan pengalaman yang kita dapat tu, dengan mudah kita akan mengangap kaunselor tidak banyak membantu,
disebalik sikap positif pasti akan timbul sifat negatif tu.

faham tak? tak faham? haha~ berbelit sangat ka?


Friday, January 6, 2012

Terima Kasih CIkgu!!!!!!!

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

hihi..pa ceta? aku taw aku suka hilang2...biasalah musim final exam nih, ada benda lain yang perlukan perhatian aku yang satu nih. tapi, aku terasa maw hapdetkan satu entry nih, khas buat cigu ku~ chewah...

Kmurang masih ingat ka zaman tadika kmurang? ada yang masuk tabika kemas, ada terus masuk kelas peralihan, ada yang terus tak masuk kelas tadika nih...hihi, besha la tuh...aku antara orang yang masuk tadika nih, hihi...biasalah anak sulung, jadi ibubapa pun kasi masuk nih demi masa depan, chewah...hehe..betul la! tak percaya cuba tanya anak2 sulung tuh, mesti diorang pun kena camtuh, tapi tak semua la..

okeh! zaman tadika aku! aku masuk tadika masa umur aku.. dot..dot..dot..chewah, tahun 1996, hah! kmurang yang masih hisap susu time nih! duk diam diam..hihi! aku bersekolah di Sunshine Nursery Petagas. kecik ja tadika nih, tapi sekarang tak tahulah camna sudah, tapi rasanya masih ada sebab papan tanda masih ada, cantik gitu..hihi... sekolah tu agak dikelilingi kawasan perumahan, hmm...bukan perumahan la, lebih kepada kampung didalam pekan, hihi,...kat depan sekolah tu ada satu kawasan lapang, dan selalu ada kuda yang ditambat disitu kat pokok kelapa, wuah....best kan? best kan? haha...

Seragam pulak bertemakan kaler sunshine! kuning dan coklat, aku masa tuh pakai baju cam sailor, berseluar pendek coklat dan berkasut hitam, hah!  aku ketawa abis bila tengok gambar lama2 nih...

itu kawasan sekolah, cikgu2 pulak! aku nih agak pelupa, tambah masa aku kecik tu, tersangatlah pemalu dan pendiam..hihi...aku tak ingat nama cikgu yang mengajar aku tuh, haha..tapi aku ingat pengetuanya...hihi
Mrs. Betty, dengan rambut blonde keriting2, lepas tu selalu pakai warna merah, gincu merah, blaus merah, kereta wira dia pun merah! (aku ingat part nih!)

Mrs. Betty

Speselnya sekolah ni bagi aku? penggunaan bahasa Inggeris sebagai perantara..hah! memang best la....yang cikgu2 tuh okeh lagi sebab ada jugak guna Bm, tapi Mrs betty tak pernah nak guna Bm kalau bercakap dengan aku, seingat aku lah, tak tau lah dengan orang lain, hihi,..mungkin sebab masa tuh aku yang paling kecil + pendiam jadi dia suka lah kot bawak aku ceta, haha,..tapi, kalau bercerita, dia sorang ja lah yang buka mulut, aku diam bisu jak, dah la tak paham bi, dia pulak taknak guna bm, agakla camna kan? tapi aku respek dia, sebab dia  tetap guna bi sampai aku faham, hihi, jadi, penyabar dia kan?

Kenapa Aku?

kenapa dalam banyak2 pelajar Mrs. betty, aku yang selalu dengan dia? sebab aku selalu balik lambat, haha! atau lebih tepat, abah aku selalu lewat ambil aku, abah aku profesionnya seorang tentera, jadi, dia keluar ikut bila shif dia selesai la kan, kelas aku habis jam 12, dia datang jam 3, haha...jadi, aku selalu ditinggalkan dengan cikgu2 nih, sekarang bila ingat, kesian jugak cikgu tuh kena overtime sebab aku sorang, hihi...tapi cikgu tuh sangat baik, mungkin dia senang kot sebab aku tak nakal masa kecik2 nih, (seyes! mak aku ceta, dia letak aku kat satu tempat, dia datang 2jam pastu aku akan masih duduk kat situ, buat hal sendiri, tak kecoh2..haha!)

ada sekali tuh aku masih ingat, bila Mrs betty hantar aku balik rumah, wau...seronok woh! sebab pertama kali naik keta, chewah...biasanya naik yamaha kapcai abah aku tuh, hihi...dalam keta dia sangat seronok berbual, walaupun aku tak paham,(dia masih guna bi dengan aku), kadang2 aku jawab yes, no,...haha!

Uniknya seorang anak tentera

unik ke? tak ke? haha! bagi aku, unik kot, sebab setiap kali abah aku datang ke sekolah, semua perhatian akan terjurus kepada dia, wah~ kenapa? berkaca mata hitam reben, bermisai tebal, seragam tentera, dengan kasut boot dia yang berkilat+ bergema hallway kalau dia melangkah, pastu dia sorang ja camtuh,..masa tadika, memang dia akan terus datang ke ambil aku, walaupun dari kem tentera tuh, dia boleh singgah rumah dulu sebelum sampai ke sekolah aku. hihi...
(sampai aku tamat sekolah, abah aku yang ulang alik bawa aku ke sekolah)
apa? anak manja? sory! takda dimanja aku ni...cuma abah aku memang serius bab pelajaran, hihi...dia nak anak2 dia berjaya,..hii...

Tadika!





antara yang aku tak leh nak lupa bila kat tadika nih, bila tiba waktu makan, hah! best makan nih, aku suka bila makan biskut, roti atau lain2 tuh...tapi satu ja yang aku tak boleh nak hadam, sampai sekarang memang tak boleh, BUBUR! bubur nasi la terutamanya, aku sejak lahir memang tak makan bubur, seyes! Fakta bebeno la ni, dibuktikan oleh mak aku, dia kata aku muntah bila kena suap bubur, jadi dalam bingung memikirkan tebiat aku nih, mak aku dapat idea, dia ambil nasi, pastu taruk air, agak2 lembut tu baru dia bagi aku makan~ haha! sampai ke tua dah ni pun aku dan bubur memang tak ngam, mungkin dari abah aku kot, sebab dia pun tak makan bubur, dalam keluarga aku tuh, kami dua orang jelah yang tak makan bubur nih, haha! jadi di tadika tuh, biasanya bubur ayam kena sedia, aku ambik ayam, bubur dia aku asing, bagi kat kawan aku, haha!

pastu satu lagi kisah makan, aku tertelan biji rambutan, pergh...rambutan tuh aku tak tau la camna aku leh tertelan dengan biji2 sekali, bila tertelan tuh, kawan aku pulak siap baru bagitau jangan telan biji, nanti tumbuh dalam perut! wah!!!! punyalah takut masa tuh, haha....mak aku pulak, ketawa ja, tak nak pun jelaskan keadaan sebenar,...lama jugak aku bimbangkan pokok rambutan tumbuh dalam perut, tapi biasalah budak, paling lama dia panik pun dua hari pastu tak fikir dah..haha!

nota kaki tak berapa nak kecik : bersyukur dengan kenangan yang ada.

Sunday, January 1, 2012

New YeaR!!!!!!!!

Assalamualaikum~
Salam Sejahtera~

nyohoho!!!!!!! WOI!!!!!! tahun baru la...wah...2011? bukan....2012 sudah nih...hihi...Amacam? camna kamu sambut tahun baru nih? aku tau, mesti ada yang di padang merdeka, tepi pantai, ataupun dirumah bersama keluarga...hehe...macam2 cara orang sambut tahun baru nih...
tapi, aku mau ceta nih...(bha! ceta lah!! mau g ctau...haha!)

Sambutan Tahun BAru aku~

31 Disember 2011, kitorang serumah ada invititation ke rumah sepp tino (group pompuan kelas aku) makan2 sekali sambut tahun baru la..hioohoho...jadi, dalam jam 6 tuh, kitorang gerak ke rumah diorang..kami gerak dalam konvoi besar ni, sorang naik CBR, sorang g bawak KAWASAKI NINJA, aku bawak R6, dan ada lagi deretan motor-motor besar....pergh, semua pun asyik tengok kitorang ni, terasa hensem gak aku..haha~

haha..abis satu kampung dengar deruman enjin tuh...pergh...camna gak,dah motor besar, enjin pun besar la, bunyi lagi la besar...dah sampai tuh kitorang pun disambut dengan kompang2 bagai...hahaha.....siap ketua kampung lagi suh duduk ni...macam VIP kan??

hah?

okeylah, aku tau korang tak caya pun...alar...tak boleh ka bagi aku angan2 jap pagi 2012 nih? haha...yala, kitorang jalan kaki ja kot pergi ke rumah mereka tuh...dan takda la disambut meriah2 nya...haha....

hidangan malam tuh! Sate! SUp! macam2 lagi, aku taknak tulis benda2 makan ni, sebab aku lapar, nanti aku NGAP Lappy karang..haha..

tapi, sayangnya malam tuh hujan jadi aktiviti agak limited lar...kemudian ada sesi TRuth or Dare, haha, memang, memang game ni dah biasa sangat, tapi impaknya tetap ada, kalau pesertanya gila gila...hhaa...biasalah kalau main game camni, tak miss..mesti kena korek2 hal cintan cintun mee ni...haha...aku? aku takda cintan2 ni...eh! betul la...seyes ni..walaupun aku di gosipkan dengan seseorang,chewah cam retis! ahaha..tapi dah aku gitau kawan sajanya dia tu adoi...hihi...ok,part perasaan ni aku tak masuk disini, aku nak ceta part dare pulak, hah!

Air sirap + Kuah Kacang + Sambal Lada + bawang Goreng + Daun sup + Air koktel(air buah campur susu nih) +Kuah Sup +telur rebus(hancur)

= dalam 1 cawan, sekali teguk, ada bran??? haha

dan ada jugak yang berdepan dengan ketakutan dorang terhadap kucing...mak aiii...comelnya kucing tuh ada jugak yang takut kan? hhii...

sampai detik tuh, dah standard sangat, korang pun buat pa ktorang buat..hihi...

ok, kalau di tempat aku, adalah normal bila nampak ada yang berlari terjun mandi di pantai pada jam 12 tuh, katanya buang sial..hehe....aku? aku ni tiap kali new year, aku sambut dengan keluarga (family guy nih!) dan selalunya kat rumah..hihi...

ok, kitorang disini! dah jam 12 tuh, masih hujan lagi, jadi instead wah guna Bi la.. berlari kedalam laut, kitorang berlari dalam hujan, wahaha!!! heran penduduk kota bharu tengok sekumpulan kami berlari kegembiraan dalam hujan..haha..sebenarnya sekali terus nak balik nih, kalau tak redah hujan nak wat camna lagi? hihi..kalau korang tak biasa main hujan, try la cam kitorang, main hujan di tengah malam..seronok, siok, best! haha!

aku tau, entry nih dah mula meleret panjang, tapi? biarlah..haha..

Azam baru? oh...minta maaf...saya tak pakai azam2 nih..ahah...aku percaya kalau nak berubah tak perlu tunggu tahun baru,..hihi...

2011 pada aku?

2011 lah, aku ada dua semester, hihi...
2011 lah, aku cuti 4 bulan....hihi
2011 lah, aku kena surprise birthday paling best...
2011 lah, akhirnya tamat kisah aku dan dia...(sob sob)
2011 lah, aku rasa tenang
2011 lah, ada kenangan,
2011 lah, banyak yang pahit....hii...apa? aku banyak makan peria, mestilah pahit! haha

2012? aku cuma doa ini bukan penamatnya...hihi..Amin...

Dikaki selalu ada nota : korang bagi lah hadiah tahun baru kat aku..hihi...Canon D-mark II ok? hihi...

Monday, December 5, 2011

Realiti seorang pelajar universiti

INI PERASAAN SEORANG ORANG.

Assalamualaikum~
selamat sejahtera~
good morning and good night!! 
wuih~ 
besanya time camni memang masih awal lagi untuk ramai orang..especially student...macam bru jam 9 sekarang nih....haha...sebenarnya aku rancang nak tido awal malam nih, tapi ada masalah la plak~ jadi tak dapat nih nak tido...msalah apa? oopsss~ masalah peribadi dan kerja takkan menggangu masa tido aku k~ haha
nih lah masalah yang berkaitan dengan kesihatan nih....memang buat tido terganggu oh~huhu~
jadi sebab aku tak boleh nak tido, aku merajinkan diri mengisi entry baru di bulog buruk nih~ haha

"bukan cam kamu, duduk di u, aku nih pa ada??"
"tengok budak u bercerita, kita ni pa ada??"
"kamu ja la paling pandai, kan student u~"
"kamu la ada masa depan, bukan cam aku x masuk u~"

Seriously, mesti kmurang pernah kena ayat2 camni dari member kmurang kan? sama2 study di sek. menengah, dah abis exam, kmurang dapat rezeki lebih masuk universiti, kawan kmurang plak terkandas...
pastu mula keluar ayat camni dari mulut diorang...dan konfem jugak klau dah berkali2 asyik benda yang sama diorang cakap, kamu pn pandai fedup jua kan? hhoo~

kadang2 tuh, aku terasa hati jua dengan ayat2 camni keluar dari mulut member yang sama berjuang2 dalam hidup nih...sepertinya satu kesalahan pulak bila melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi...
huh~ member..pliss la, law korang rasa hancur dengan hidup korang, tak payah la nak condemn hidup orang lain k?tau tak menyakitkan hati tu? bukan aku masuk universiti ni tuk saja sakitkan hati korang..tapi untuk ubah hidup aku yang sedia2 lebih parak dari hidup kmurang tu~ (hoh~ itu emosi yang menaip tuh!)

ok2...tarik nafas...lepas...k relax2...kmurang pun relax juga~

dikaki tertera sedikit nota : ya..post yang tergantung ini memang disengajakan~ korang nak baca, bacalar...korang ada pengalaman sendiri, kita kongsi kat komen mengomen tuh...korang tak suka? padulik pa saya?! hahaha!

Saturday, November 12, 2011

Senyap tak bermakna tak ada

Assalamualaikum~
salam sejahtera...
chewah~ amacam? pa ceta kmurang? ahah~
aku terasa lama la juga aku tak meng-hapdet-kan bulog nih...sian c bulog...
aku rasa kmurang tak juga heran dengan kehilangan aku secara tiba2 nih kan? biasalah melukut di tepi BMW, manakan orang maw sedar...haha!
okeh! aku rasa aku berhutang dengan kmurang penjelasan pasal kehilangan aku nih. bukan jua aku maw hilang2 nih, mana best..eheh~ tapi ini disebabkan kakak wifi dah dipotong daa~ huhu~ sedey woh...nak sambung nih kena tunggu gink wifi yang lain datang dari kg diorang baru leh aku jumpa dengan kak wifi. kali nih aku berjaya mengonlinekan diri dengan bantuan berukband..hoho..walaupun lambat cam siput tapi sampai jua ke destinasi yang aku maw. thanks beruk!band~ hoho

--------------aku memang suka saat diam nih--------------------

jadi apa yang dah jadi sepanjang aku tak berada di dunia internet nih? heheh~ banyak, memang banyak...banglo kami terus sunyi di luaran nya...tapi di dalam..pergh~ mantap...lagi2 dengan member2 berjiwa kreatif dan suka sangat membunuh masa nih, dari BBQ, kepada berkebun terus ke kerja pembersihan dan kemudian ke tukang gunting rambut~ huh! macam2 sudah dibuat. sememangnya seminggu yang sangat enjoy! aku maw juga upload gambar2 kami nih, tapi bila difikirkan, ada sedikit kekangan jadi aku akan upload di post yang akan datang la keh? hehe...sorry lor~

sedap oh!!!!

------------bukan diam tapi blur----------------------

biasalah, dihadapan aku sekarang ada banyak assignment yang garisan matinya cuma tinggal 3 hari jak lagi nih, tapi masih lagi aku laju mengetuk lapppy yang setia dengan tuannya nih, haha. AKU ENGGAN BERTUANKAN STRESS!! itu apa yang aku pegang sekarang, jadi aku buat relax saja, tak bermakna aku sambil lewa dan tak buat kerja, tak jua bermakna aku kurang bertanggung jawab, tapi itulah, aku taknak tewas dengan tekanan, dan yakin dalam 3 hari nih kerja x9 akan siap semuanya..hehe

HARI CUTI UNTUK CUTI BUKAN UNTUK STUDY
yohohohoho~

di kaki ini ada nota : jangan suka bertangguh, kalau taknak tekanan. haha!

Sunday, October 23, 2011

aku dan blog...boleh in-tune ka?

Selamat sejahtera la kepada semua, kalau aku cakap pagi nanti kmurang baca tgh malam, tak ngam la kan? haha~
okeh~ nampak ka atas tu? kmurang pulak tanya diri~ hehe~ bagi kmurang exercise minda sikit pagi2 cmnih~
k~ ne la jawapan aku kepada soalan di atas~ ehem2~
si aku nih seorang yang tak suka pegang pen yang sebenarnya lah. malas terlampau malas sampai fail exam gara2 malas nak tulis jawapan...pergh...kritikal nih~ tp bila berdepan dengan keyboard, secara natural jejari terus laju mengetuk keyboard~ aha~ terus berduyun2 la ayat tercurah ke skrin di hadapannya. 

pastu, si ak nih suka sangat berjalan2...maknanya tak boleh terperap di satu tempat untuk satu jangka masa yang lama, leh sot dibuatnya.tapi bila berdepan laptop,boleh pulak terpacak sampai 24 jam(betul nih,24jam~)

menambah lagi, si aku nih memang aktif (kot?) dan langsung tak da sifat2 yang membolehkan dia nih menjadi seorang blogger~ kiranya, dah ada malas, tak bole duduk diam, selalu blur lagi, macamana nak blogging? haha~ tapi sekarang ni la kenyataan, di luar tak semestinya sama dengan di dalam, dan dalam tak semestinya sama dengan kat luar tu~ 
okie~ 

aku rasa itu ja la kot

di kaki ini ada nota : dari kamu seja bha maw tinguk dan pikir cmna~ haha~

Friday, September 23, 2011

Komunikasi? atau komedisasi?

tahan ka kalu berkomunikasi macam nih?
hari ini aku membuka laman bulog ni sedikit awal daripada biasa. mungkin kerana aku semangat sangat nak meng-hupdet-kan bulog yang semakin menarik hati nih~ chewah~ macam berjumpa dengan aweks la pulak kan~ hehe~ (aku nih masih sendiri lagi weh~) hari nih aku ada pengalaman yang boleh aku katakan terbaru dalam 21 tahun hidup aku~

------------------ kisahnya -----------------------

ketika spotlight besar masih memancar di atas kepala, aku dan mereka mula keluar mencari mangsa~ wah! bukan kegiatan tidak bermoral seperti di muka akhbar tu, tapi melaksanakan perintah Puan Besar merangkap Pensyarah. haha~ Apa misi kami? mencari dan menjalankan satu sesi perbualan yang pendek dalam bahasa Inggeris bersama pelancong. Dan pelancong itu mestilah omputeh~ pergh~ sorang daripada mereka sanggup memilih 10 presentation berbanding assignment nih~ haha! sebenarnya bukan sukar sangat. tapi dek kerana kami nih jejaka yang pemalu,bertimbang rasa dan bersopan santun, maka hal ini memberi satu halangan yang agak hebat untuk kami tempuhi. tapi demi menyiapkan tugasan nih, kami paksa  dan memberanikan diri menempuhi cabaran yang menimpa~ haha~ aku? baru niat ja dah mula menggelodak perut, rama-rama mula muncul didalam perut~ ramai juga sasaran kami, tapi ntah la, kami tak dapat nak mendekati diorang nih. semacam ada medan kuasa yang menghalang antara kami dan mereka~ wah~

---------------- pengalaman si aku ------------------

aku memulakan langkah dengan menegur seorang lelaki, sebaik saja aku buka mulut, dia terus cakap "i just did this with 3 other group,so i would like to skip".... aku diam.....kelu....malu......hahaha~ dah patah hati ini, macam putus cinta pulak~ takpa, seterusnya aku menegur pulak dua gadis(?) dari Belgium, wah~ berjalan lancar operasi~ tahu tak? untuk mendapatkan cuma 4minit perbualan nih, kami dah berjalan lebih kurang setengah hari di tengah bandar tuh~ huhu~ tapi ini satu yang baru,dan aku suka~ haha~

---------------- kenyataannya ------------------------

satu lagi sebab mengapa sukar kami melakukan tugasan ini? kerana takutnya mereka(pelancong daa~) kepada kami. hehe~ muka dah la brutal, ramai pulak tuh, (dalam 5 orang) tiba2 ja terus menuju mereka, kalau korang,mesti korang lari kan? hahaha....ada sorang mat saleh nih, punya laju dia berjalan, cepat dia menuju kawasan yang ramai orang~ nampak sangat dia takut kitorang terkam dia~ haha~ walhal kami nih orang baik2 (baik la sangat~) dari situ aku simpulkan, komunikasi antara sepesis yang sama lebih sukar. terutama kaum lelaki, kalau wanita, nampak relax ja pulak~ tapi itu mungkin disebabkan lelaki nih bersikap kool dan ego, jadi komunikasi menjadi sedikit sukar~ hehe~ tapi itulah istimewanya lelaki~ hehe~ memuji diri nampak~ haha! tapi kalau korang berkesempatan, pergilah berbual dengan diorang nih, seronok tau, sebab diorang nih lebih mesra. haha~ dan dapat juga melatih cara kita berkomunikasi~ hehe~

--------------- aku ikat kata-kata ----------------

setakat itu lah hari nih, kalau aku teruskan,alamatnya boleh aku kepilkan menjadi sebuah novel hanya dengan satu entry, haha~ jari-jari aku nih memang kepoh berbanding tuannnya...haha~ ok bloggers~ Good Night!