Showing posts with label Life Goes Around. Show all posts
Showing posts with label Life Goes Around. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

lagu, dan semangat

Assalamualaikum
salam sejahtera

malam ni aku tak dapat nak tidur, lebih2 lagi bila aku boleh meng-online-kan diri~ peh~ laju ja jari ni klik2. tapi aku bukan masuk benda bukan2 okay~ aku layan lagu two steps from hell~

peh~ semangat woh~ kalau korang suka lagu epic2 yang buat meremang bulu roma tu, yang buat rasa semangat semacam, yang terus nak pergi berperang tu, hah! aku cadangkan diorang ni, memang lagu yang diorang compose power la~

kalau aku agak2 nak semangat nak training, aku konfem layan lagu ni dulu.

duduk diam2.
tutup mata.
tenangkan fikiran.
dengar lagu diorang.

dah agak naik semangat tu baru leh traning gila2~ haha 
(aku suka seni mempertahankan diri, tapi tak suka gaduh)

layan luk!!

Assalamualaikum

Saturday, January 26, 2013

Malam di kota bharu

Assalamualaikum
salam sejahtera

kalau korang adalah pelajar macam aku, (macam aku) jadi mesti kamu tengah menikmati cuti semester sekarang ni, aku menikmati cuti ni dengan duduk di rumah di sewa di kota bharu ni, bersama wan, inju dan abel~ kami berempat daripada tujuh konco2 rumah ni bercuti di rumah sewa, pergh~
member aku yang tiga orang ni tengah sibuk nak praktikal esok (diorang dah semester akhir), aku sepatutnya sekali juga dengan diorang ni. tapi aku memilih untuk memanjangkan pembelajaran aku di perantauan ini sebanyak 1 semester lagi...menyesal? tidak~ sebab masing2 ada kemampuan dan jalan sendiri, aku ada empat kursus lagi yang tak selesai, jadi kena setel sem depan la ni...

jeles juga aku tengok orang habis study awal ni, cepat diorang lepas, tinggal lah aku sorang2 disini~ tapi itu bukan masalah, sebab kita kena belajar berdikari. berdikari dan lelaki perlu sebati.

lelaki yang tak boleh berdikari tak boleh hidup sendiri, beristeri mahupun memasak kari(?) 

bagi aku la~ hidup ni kita yang punya, kenapa nak bergantung dengan orang lain? tapi nyawa ni Allah yang punya, jadi kena bergantung dengan Dia.~ hihi~ ingat ni!

bila aku renung2 rumah ni, masuk 4 semester juga kitorang di rumah ni, walaupun macam tongkang pecah, bocor sana sini, tapi rumah ni tempat kami berteduh sepanjang kami belajar. masa semester 1 dan 2 kami di machang, duduk rumah lain pula. 5 semester juga aku duduk dengan member2 aku ni. antara yang terbaik la diorang. kitorang rapat macam adik beradik, kadang bergaduh tapi banyak jenaka. 

walaupun lain bangsa lain agama, tapi kitorang semua selamba.

lepas ni susah dah nak jumpa satu sama lain~

aku dengar suara inju dibawah bising2 bunyi korea(peminat), wan pula keluar cari makan, abel pula layan demam dengan komik~ pergh~ aku macam ni la di atas, menikmati alam maya dan tulisan berjela-jela.

sekarang aku blur. 

~assalamualaikum~

Old School macam aku

Assalamualaikum
salam sejahtera~

ahai~ semestinya aku mulakan tinta tak berbahasa ni dengan ucapan paling manis di telinga manusia~ wahahaha~

rajin2 bagi ucapan camni~ sejuk telinga orang mendengarnya~ hoho
(sejuk mata pun boleh~)

old school~ new school~ modern~ tradisi~ ketinggalan~

ni perkataan memang biasa didengar dan diucap2~

tapi aku fokus kepada yang pertama, old school~

aku rasanya boleh dikategorikan sebagai lelaki yang agak old school~ ya kot? baju yang aku pakai, seluar yang aku pakai, kasut yang aku pakai~ tapi tak lah sampai macam beliau2 pulak~ haha

lagu yang aku dengar pun~ kebanyakan band yang aku minat ialah band rock 80-90 an~ band malaysia ataupun luar...tapi aku lebih kepada band luar la, bukan tak sokong muzik tempatan, tapi aku
enjoy good music with good lyrics and insanely high pitched voice~

aku tak juga lahir di zaman yang aku suka ni~ tapi aku boleh cakap aku 90'an (sebab lahir 1990) dan secara tak langsung cara aku bercakap, cara aku berinteraksi dengan cara aku bawa diri pun jadi agak lain dari orang lain.

contohnya, aku tak boleh nak bersms dengan orang suka menggunakan 
ejaan unik+menyusahkan+pelik+geli nak mampus

ala...shayunk2, koe bwuat apew iteeww(contoh ayat)

adeh! nasib baik aku guna 3310, terbang terhempas pun masih bertahan~ haha~
aku tak boleh la benda2 camni, naik gerutu badan aku nampak, haha! 
tapi ini sekadar pembuka bicara saja.

aku nak cerita tentang cara mendekati seorang wanita.(alamak mode mat jiwang)
perempuan pada apa yang aku nampak sangat mudah tercair oleh kata2 manis dari mulut yang manis ditambah muka terlebih manis. pergh~ cair macam ais kacang disimbah susu krimer pekat manis.

dulu punya ayat manis: aku tak tidur lena tanpa melihat wajahmu permaisuri hati ku
sekarang punya ayat manis: awak cute la, geram saya tengok.

err....macam tu ka? tapi aku bab2 ayat ni aku tak pandai, aku suka terus terang dan tak tunggu lama, macam seorang lelaki sejati(ni la old school yang aku maksudkan)
kalau dia kata tidak, aku terima tapi aku tak mengalah. tiada pujuk rayu, dan kata cinta, cuma hati ikhlas beserta kejujuran(chewah). tapi sekarang boleh lagi ka guna cara ni?

perempuan dulu2 suka kalau lelaki yang berani terus terang dan yakin, teguh. yang berani berterus terang tanpa dolak dalih dan kata pujangga.
perempuan sekarang masih macam tu ka? aku pun tak tau, korang nilai sendiri, dan aku bukan nak tuju siapa2, cuma aku suarakan apa yang aku fikirkan~ hoho~

assalamualaikum.


Saturday, April 21, 2012

Dia yang jatuh cinta lagi

kalau jatuh cinta, dapat kah nak kata tidak? kalau korang jatuh cinta, boleh kah korang kata tidak? aku tahu aku tak boleh kata tidak, tapi aku boleh untuk tidak mengakuinya, tidak berterus terang kepada diri sendiri, dan cuba biar perasaan tu terus pergi.

orang kata, "kalau dah suka, jangan tipu diri lagi, pergilah dan berterus terang kepadanya"

BERTERUS TERANG

berapa ramai yang boleh melakukannya, bermulut manis kata jujur, bertompok2, berlambak2 di luar sana yang boleh buat, baik lelaki mahupun perempuan, sama saja, keduanya bermulut manis. tapi yang jujur mengakui perasaan mereka? memang ada~ dan sangat berani dan hebat bagi aku orang2 macam ni.

jadi apa kaitan dengan semua ni? apa kaitan dengan aku? hehe~

aku tak pandai bercerita, melainkan apa yang berlaku kepada aku, dan sekarang aku  dia dah jatuh cinta.
wah! dia jatuh cinta la! sejak bila? dia tak percaya dengan kata hati dia sejak apa yang 'dia' lakukan dulu. jadi kenapa sekarang? norma seorang manusia, untuk sayang, dan disayangi, untuk jatuh cinta, untuk suka, untuk benci, itu manusia.

perkara ini memerlukan dua pihak, jadi siapa lah yang malang tu? haha~ biar lah dulu, sebab dia rasa salah untuk mempunyai perasaan seperti ini, jadi persoalan sekarang, adakah dia patut terus berperasaan seperti ini atau berhenti dari bermimpi untuk bersama gadis itu?


Monday, April 2, 2012

seorang lelaki dan draft

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

kalau hari ni masih tak indah buat korang, ingat la orang yang tak makan 2-3 hari pun masih bersyukur sebab masih hidup di dunia ni~

peh~ siapa lelaki? ya, aku adalah lelaki~ dan tak aku sangka, dah dekat setahun aku berblogging~ (memang dah salah tatabahasa disitu, aku tahu la~) dan aku nampak satu benda yang bertambah dengan proaktif~ draft~

DRAFT

DRAFT

DRAFT

Peh.....berlonggok penuh dah aku tengok, yang ada distu cuma idea ja...haha~ nampak lah kemalasan aku disitu, dah la sekarang semakin jarang buka blog, sebab aku sekarang menjalani dua kehidupan iaitu sebagai pelajar diwaktu siang dan dot..dot..dot diwaktu malam~ ngeh! 

DOT DOT DOT? WAKTU MALAM?

haha~ bukan yang tak baik ok~ aku saja taruk camtu, bagi korang saspen sikit~ tapi malam ni aku terpaksa merehatkan diri, sebab badan aku tak leh nak ikut rentak otak aku dan semangat aku...huh...mesti dah letih sangat ni, sampai badan mudah sakit...tapi, kalau aku tak buat camni, aku tak dapat nak capai objektif aku, ubah nasib aku, famili aku, aku tau jugak mesti ada orang cam aku jugak kat luar tu, siang study, malam buat benda lain, semua demi senang di masa depan, kadang2 nampak mudah ja semua ni, bergantung kepada pemikiran inidividu, bagi aku, mudah ja semua ni, tapi sayangnya badan manusia ni tak sekuat mana, tetap ada tahap yang tak boleh dilepasi juga...

itu cerita pasal aku yang baru2 ni,

sekarang aku nak cerita pasal satu benda baru, bagi aku.
aku tau korang takda lah minat sangat nak dengar pasal aku...ka korang ada hati jugak nak tau? haha~ ok2~
baru2 ni, aku ada melalui satu perbualan yang boleh berlangsung sampai 2-3 jam..wah~ hebat kan?
perbualan ni aku lalui dengan seorang teman, aku boleh katakan dia ni agak unik jugak, dengan tahap ego yang unik, panas baran yang unik, dan juga sikap wanita moden zaman sekarang, eh? aku cakap wanita ka? err...tak da lah! bukan lah! 



ok, berbalik kepada perbualan tu, dia banyak bercerita tentang diri sendiri, maksud aku tentang diri seorang manusia, hati manusia, masalah manusia, inspirasi, motivasi, rasioanal tiap sesuatu yang ada, walaupun aku sentiasa membantah, em...bukan membantah, lebih tepat berdebat tentang poin2 yang dia beri,  aku dapati yang bila kita asyik lalui perkara yang negatif, kita sukar nak bersikap positif, ya, kita boleh cuba, bukan aku kata mustahil, tapi sukar, negatif dalam konteks yang aku maksudkan ialah, walaupun kita berkelakuan positif dan mengangap positif tentang tiap perkara tu, kita tak boleh nak elak dari memberikan pandangan negatif terhadap perkara tu, mungkin sekali disebabkan pengalaman yang kita lalui tu. 

contohnya, kita pernah menjalani kaunseling, tapi kaunselor tu pulak memang tak layak la digelar kaunselor, dan langsung tak membantu dan menjalankan tugasnya, berdasarkan pengalaman ni, konfem la kita akan rasa kaunselor ni tak membantu, dan bila kita bersikap positif, kita akan anggap tak semua kaunselor macam tu, positif dah ni, tapi kita masih juga akan beranggapan bahawa kaunselor tak banyak membantu kita, kenapa? sebab apabila kaunselor yang dulu tu tak membantu, kita akan cuba menyelesaikan masalah kita tu sendiri, dan apabila kita dapat melalui masalah tu, perlukah kaunselor? dan di masa akan datang mungkin ada yang akan cadangkan supaya berjumpa kaunselor, tapi disebabkan pengalaman yang kita dapat tu, dengan mudah kita akan mengangap kaunselor tidak banyak membantu,
disebalik sikap positif pasti akan timbul sifat negatif tu.

faham tak? tak faham? haha~ berbelit sangat ka?


Friday, January 27, 2012

CInta luka~ pergh~

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

tiada tajuk, maknanya lebih menjurus kepada diri aku sendiri, perspektif aku sendiri, dan aku sendiri. sebenarnya ada banyak sangat tulisan2 dalam kepala aku yang ligat nak keluar dari hujung jari, tapi memandangkan sifat malas aku lebih hebat dari aku sendiri, hasilnya, jarang lah terkeluar ayat2 mantap nih, apa boleh buat, dah aku memang tak rajin~ huahaha~


tadi aku ada nampak di wall orang2an yang aku boleh katakan masih muda ko ingat ko tua ka? masing2 dengan luahan hati tentang sakit dimainkan cinta..la sangat~ tak~ bukan aku nak condemn orang bercinta ni...tapi, agak annoy juga bila keluar ayat magic 

"aku tak percaya lelaki/perempuan"
"i'm very lonely"
"Love hurts"
"all boys/girls are same"

dan 1001 macam lagi ayat lebih kurang, ya...aku boleh faham kmurang baru putus cinta, ya...aku tau la sakitnya camna, tak payah explain, aku sangat tahu dah~ tapi yang peliknya, hanya sebab 1 orang ja, terus kmurang jadi camtu? 

THE PAIN OF LOSING ONE PERSON DOESN'T MAKE YOU KNOW THE PAIN OF THE WORLD!

 ya! kmurang baru kena camtu, terus kmurang berperangai cam kmurang la orang paling terluka di dalam dunia, pergh~ betapa kecik+sempit+tertutup nya fikiran kmurang kan?dan penambah perisa lagi, sebelum ni kmurang pasang sampai 3-4 orang bf/gf tu tak da plak nak fikir perasaan diorang kan? mengong2 la kmurang ni~ dan betapa jual ikannya kmurang dengan fikiran kmurang camtuh~

tolonglah...sila matangkan fikiran anda.

ini apa orang cakap proses pembesaran, korang melalui kesakitan tu, untuk mengajar korang menjadi lebih kuat di masa depan, lebih bersedia, sebab mungkin yang lebih teruk akan menyusul akan datang..

tapi kalau kmurang terus buat 'mindset' camni

REVENGE

maknanya kmurang baru saja menutup pintu untuk berubah manjadi manusia yang lebih baik, hah! 

dan...tolong, jangan samakan semua orang, Tuhan ciptakan setiap orang unik dan berbeza, jangan ikut sedap kmurang ja nak sama2 kan~ sedangkan chipsmore takkan sama walaupun dalam 1 box,(betul ni, korang check la choc chip tu, manada dorang letak kat tempat yang sama~ myahaha~)

buat adik2 yang baru nak kenal dunia, please..tolong jangan hancurkan diri korang kerana cinta ek? kata cinta, checkin hotel, kata cinta, suma duit kuar, kata cinta, sampai tak ingat dunia...hoh~


Monday, December 5, 2011

Cara meng-handle Assignment

Assalamualaikum~ selamat sejahtera kmurang~

disini aku nak share dengan kmurang cara nak handle assignment korang! hoho!!!

1. korang dapat je kerja terus on the spot siapkan kerja tuh~ kompom takdanya nak tekanan lagi..hehe


2. korang tengok garis mati kerja tu, kalau cepat, korang pun cepat la wat kerja...kalau lambat korang pun ikutla lambat...senang kan?


3. korang tengok kerja tuh, pastu pikir ari2 camna nak siapkan...tapi jangan sentuh, bila dah agak2 banyak korang pikir, korang pi la buat kerja tuh, kompom berdesup korang buat kerja sebab dah banyak idea~ haha


4. buat tak tau aja...agak2 esok nak antar, malam tuh korang berhempas pulas buat...kompom siap esok ari..kalau tak siap tu..err..err..k next tips!


5. korang terima kerja tu, terus korang buang, bila dah sampai time hantar tuh, katalah tak tahu~ kompom setel masalah~


6. korang buat cam korang tak da kerja lansung, even kerja ada pun buat cam takda..haha

di kaki memang ada nota : ni entry stress gilakkk!!! buat senyum2 2k kta suma~ haha

Wednesday, November 30, 2011

Human, unknown and Changes

Assalamualikum,
a nice day to you all...
don't get cranky and start wondering why i out of nowhere using English for this post,
its just i need a change of pace, as well to develop my second language..hehe~
how you all do? hope you guys have a fine day despite of raining season....yeah...lots of people got sick in this season...why? why would i know? maybe they just too soft to be in this kind of situation~ ha ha ~ just kidding...
rain brings a lot of things, from emotion to physical thingy, some like it, some don't.
for me, i rather like rain, although it makes me wet and walk into class like I've just taken bath, ha ha ~

OK! its done for crappy things....

human! unknown! changes!
you, me, them, we are human...and human cannot escape from being afraid of something, they should be something..or anything that we will be afraid of, either insect, or food, or cat or worm, of even food...we will be afraid of something...we cannot escape from that, even that psychotic killer had their nightmares and things that they scare of. so human and fear...are one...it cannot be separated....

unknown? what is it? huh? unknown? i don't know~ what is it?
yeah...that is unknown...something that we don't know...that haven't been explore, that is what we called unknown, for kids, the adulthood is unknown....going to the school for the first time, what is school feels like? that is unknown, some would be not afraid of this unknown, they rather be excited about it, but they cannot escape from being worry about what will happen...this unknown...is it scary? lets put it like this, death, is it scary? i think all people scared of death, some would say they don't, but that are just egoistic emotion derive from their inside, not admitting to something that they do not know, how can people know what is feel to die? what is feeling of the very soul of us are taken away by the angel of death? no one knows that, because it is not known, therefore it is unknown to us, making us afraid of the death.

Changes! i love it! sure i can change!
but what is change? what makes its differ from unknown? there is certain that people afraid of unknown, and there is another thing, which is changes, is it the same like unknown?to change from old to new, does it involve unknown..? to me, it does...to change from something we already are to something new is unknown, when we felt comfortable with what we had, then we are force to change it. to change our live of being change forcefully, isnt it sound scary? yeah...but something that i learn, unknown and changes are the most important thing that we should not be afraid of,...our life is short...would you keep living on same boring routine?

born- school - work - married- retire - then off to coffin

whoa ~ i wouldn't wanna live like that, sure i wanna get married and stuff, but there is tonnes of unknown out there, possibilities that can change our lives, yeah, i'm talking about finding those unknown, the opportunity that come and grab it~ what? you hesitate? yeah! there! you got it, that is the feeling towards unknown, yeah, even i feel it too, as long you know what is good and bad, you should be okay with it....

 people afraid of something they dont know...And mostly are afraid with changes....