salam sejahtera
untuk pertama kalinya. aku menulis entri blog ketika aku tidak melayarkan diri di internet atau mudahnya meng-online-kan diri.
secara tiba2 aku merasa sesuatu yang mendorong aku untuk terus menaip sesuatu di papan kekunci untuk dijadikan entri blog...pergh...
jadi, inilah dia, hasilnya bila otak tiba2 berkuasa~ pergh....
apa yang aku nak kisahkan disini ialah tentang pengalaman yang aku pasti bukan aku saja yang pernah lalui..pergh...mesti korang2 pernah punya...
pengalaman tak semestinya berbentuk peribadi ataupun luahan hati, jadi korang tidak akan dikisahkan dengan drama melayu romantis tahap cekerarama daripada aku...pergh...tapi masih juga berkaitan. hehe...
(entri aku tulis, ikut kepala aku la~)
baru2 ini, aku dikejutkan oleh mesej yang dikirim melalui fb, dan ia datang daripada seorang individu yang aku tak pernah jangka akan mengirimkan mesejnya kepada aku...ya~ tepat sekali seperti yang aku teka dalam kepala aku..seorang gadis telah mengirimkan mesej kepada seorang aku yang macam aku...pergh...sungguh mengejutkan beliau...
untuk pengetahuan aku sendiri...dialah yang membawa suatu pengalaman buat aku ini...ya..beliau lah yang memberikan pengalaman yang gila dan juga gila manis kepada aku, walaupun lebih banyak peria mentah daripada madu. pergh...
aku masih terkejut...sehingga ke hari ini.
mungkin adalah perkara biasa untuk 'ex' datang kembali, sama ada sebagai rakan, teman, musuh, merujuk kembali ataupun apa2 yang berkaitan, dan sangat pasti kita yang didatangi ini tidak dapat mengelak daripada mempersoalkan mengapa beliau datang bertamu dalam hidup kita yang tidak berapa nak pasti ini. alangkah hebatnya beliau mengirimkan pesanan berbaur ucapan maaf sebagai pembuka bicara, chewah...dan alangkah hebatnya beliau untuk tidak tahu bahawa aku makan nasi berulam pucuk ubi, bukan ucapan maaf bertubi dan penyesalan diri. aku ketawa.
aku sangat tenang membalas mesej beliau, malah boleh bertanya kabar tentang kekasih yang beliau pilih sesudah bosan dengan aku. hahaha~ aku ketawa....dengan jawapan beliau - kami ada haluan masing2. bila aku tanya apa maksudnya, beliau menjawab - ada maksud tersirat ke? aku ketawa melihat mesej2 beliau, adakah memberitahu aku bahawa kamu sudah tidak bersama? apakah kaitan dengan aku yang jauh ini? wahaha~ aku ketawa lagi...
oleh kerana aku tidak boleh tidak menyindir walaupun dengan gadis yang kuminati, maka dengan itu aku laju menaip2 ayat sindiran kepada beliau, bukan aku membalas dendam, tapi aku memang susah untuk tidak menyindir, dan reaksi beliau ialah bersalah dengan apa yang dia lakukan dulu dan ingin memutar masa, pergh...sungguh seperti drama melayu dan sinetron...bermulalah babak 'zoom' ke mata hero dan heroin. aku, oleh kerana sudah kenal dengan beliau, tidak hairan bahawa ayat ini akan keluar. oleh itu, aku membiarkan seperti tidak membaca ayat itu dan bertanya tentang pelajaran beliau. hoho...
akhirnya beliau memberikan nombor beliau. nombor yang aku tak pernah lupa dulu, sekarang dah tak ingat pun..pergh...sorry lah kawan, kredit aku tamat tempoh...bertambah lah alasan ku tidak me-mesej kamu..pergh....
entri personal...import terus daripada hati, transit di otak ke papan kekunci.
No comments:
Post a Comment