Assalamualaikum
Salam sejahtera
What is your Dream?
Apa yang menjadi impian? apa yang kita jadikan sebagai impian? ini semua subjektif dan perspektif. tapi impian itu satu objektif.
Impian bukan sesuatu yang kita boleh fikir dalam sejam dua dan dijadikan matlamat seumur hidup. tapi impian lahir dalam sepintas lalu, sekelip mata. bila kita tahu dari hati kita bahawa itu lah yang kita inginkan, maka itulah impian. tapi nafsu dan juga keinginan boleh disalahertikan sebagai impian. sebab itulah impian itu subjektif dan terpulang kepada perspektif.
semua orang pun ada impian. tapi sekuat mana sanggup berkorban untuk impian itu? kuatkah impian itu untuk dijadikan impian? he...macam pakar motivasi aku menulis.
kalau kita mudah nak 'give up' dalam sesuatu benda, cuma perlu fikir, adakah apa yang kita buat itu merupakan batu loncatan untuk mencapai impian? ingat semula apa impian kita. kalau impian itu penting bagi kita, jadi kita takkan 'give up' dalam usaha mencapai impian itu. kalau give up, maka tak tercapai lah akalmu...eh...impian itu...hihi...
bosan dengan perkataan putus asa. nak berkawan dengan perkataan berjaya~ wahahaha~
No comments:
Post a Comment