Saturday, January 21, 2012

Sabahan.

Assalamualaikum~
Salam Sejahtera~

hei~ hei~ hei~ cuti ni aku tak balik la~ huhu~ dah mula angin ribut rindu datang dah ni~ aish...pa leh wat, sebagai seorang anak lelaki tua di rumah, kenalah aku bertahan dengan kerinduan mencengkam dada nih!

Orang sabah a.k.a sabahan

sepa? hah? ko ka? wah~ sama la kita! hai~

ya..ni kali aku mau cerita perihal sabahan ni. kmurang tak teringin ka nak tau? orang2 yang berasal dari kepala naga borneo nih~ kalau sarawak tu, badan dan ekor naga~ hihi~ betul nih! tengok la peta~ nampak tuh naga di situ~ hik hik hik~

kalau nak kenal orang sabah nih, tak susah pun~ dengar cara dia bercakap, tau la dia orang sabah, kenapa? sebab ada 'bah' bila bercakap~ hihi~ ni benda asas la ni. semua orang pun tau kan?

sabahan dah tak tinggal atas pokok dah, naik bosan asyik dapat soalan camtuh "emm...korang kat sana tinggal atas pokok ke? camna datang ke sini?"
ni antara soalan...yang..memang sangat menghinakan la~ macam nak kena hempuk ja atas kepala kat orang yang tanya camni, haha~ tapi kalau aku yang kena tanya, aku jawab,
"ya, masih atas pokok nih, tapi kami naik guna lif, kami datang berenang nih atas kapal terbang, ko mau try?"

ada orang cakap sabahan bercakap laju sangat, susah nak faham...wuah...mungkin la kot, sebab kadang2 aku tengok muka member aku blur2 ni bila aku berbual dengan diorang, haha~ tapi itu mula2 la...aku pun blur2 cam diorang jugak bila diorang berbual, (member org kelantan) best wo~ sorang ni slang sabah, sore lagi kece kelate, tapi sama2 faham, tak perlu pun nak tiru slang orang lain, jadi diri sendiri aja~ haha~ suka la camni~ haha~

kebanyakan atau hampir semua orang sabah, sangat tidak suka kalau ada orang cakap buruk2 tentang sabah, ni benda betul nih, sapa2 pun tak suka bila tanah tumpah darah kena caci kan? kalau korang pun korang tak suka camtu..hihi~ teringat satu kes dulu, ada orang hina sabah di FB, pergh~ teruk orang tu kena, tak cukup di FB, masuk surat khabar, tak cukup lagi, kena ugut2 lagi..uish~ tapi kalau boleh, taknak la ada hina2 ni, kan  kita senegara, lain2 negeri pun duduk satu Malaysia jugak, kenapa nak wat camtu kan?

semua orang dah tau, sabah dengan sarawak mempunyai banyak kaum, dan berbilang agama, disebabkan keadaan nih, sabahan lebih berfikiran terbuka, nih bukan aku yang cakap, tapi orang lain yang cakap. hihi

sabahan concept - you do what your religion ask.
ataupun kita buat apa yang agama kita perintahkan.
konsep yang amat mudah, tapi sangat bagus, sebab konsep ni, perbezaan agama tu bukan satu masalah besar. sifat hormat kepada agama lain, tapi berpegang kepada agama sendiri, kita sebagai muslim pun ada di ajar untuk hormat agama lain kan? hihi~ jangan sesekali kita nak rendahkan kepercayaan orang lain, huish~ boleh bawa malapetaka bencana tu tau~

ada jugak orang cakap sabahan ni kasar, sebab guna aku, kau dan sebagainya, emm...aku akui, memang bunyinya ada yang kasar, tapi bukan bermaksud nak cari gaduh ke apa, cuma dah memang gaya bercakap camtu, hihi...kena terima ja la~ 

pensyarah aku pernah utarakan hal ni di dalam kelas, tentang gaya percakapan ni, hehe~ 

hmm...setakat ni ja la aku kongsi kali ni, ada lagi sebenarnya, tapi cukup la setakat ni kot? haha~ 

oya, satu lagi, banyak orang cuba slang sabah, tapi jadi slang indonesia~ hihihi~ (bila sabahan ketawa, bagus korang tanya betul atau tak gaya korang cakap, kih3...)

Si aku : pernah cuba bercakap bahasa kelantan, tapi disalah erti, member cakap macam slang jawa, wahaha! (sampai sekarang masih tak dapat, tapi faham la kece kelate~ hihi~)

4 comments:

  1. salam kenal..


    teringat zaman belajar...ada sorang kawan orang sabah berkawan dengan orang kelantan...cukup 3 tahun belajar dia dah pandai kecek kelate...hehe.. seronok dengar masing2 cuba belajar dialek masing2... 1 malaysia bah.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kenal~ aku pn bru setahun lbih ni duduk di kelantan, masih cuba belajar~ memang best belajar bahasa orang ni~ hihi! yup! 1 malaysia!! hihi

    ReplyDelete
  3. haha.. bolat dlu prnah dduk di tawau dan labuan.. hurm.. suda lupa bha bhasa sana.. terlalu lma smpai lupa suda..

    asl bolat bce entry ni ttbe berentak sabahan >_<
    power lahh..

    ReplyDelete