Wednesday, December 28, 2011

Bersedialah bila hijabmu dibuka

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

kali ni aku terasa nak cerita antara pengalaman aku sebagai manusia nih...aku teringat nak cerita tentang benda ni selepas aku nampak profile picture seorang kawan tuh....terus semua cam flash back filem di mata aku. jadi kali ni, aku nak share dengan kisah ni, korang nak percaya atau tak, terpulanglah, sebab yang nampak dan mengalami tuh aku....

hari tuh,hari khamis, sekaligus menjadikan malamnya ialah malam jumaat. aku bersiap siap mengemas kedai (keluarga aku ada buka kedai makan) dengan parents aku. dah siap tuh, kitorang pun naik lah "kapal selam"(van abah aku nih!) dan nak pulang kerumah...kedai kitorang nih di pekan putatan sabah nun~ rumah pulak dalam 20minit camtu lah perjalanan...taklah jauh sangat, kitorang leh berbasikal g dari rumah ke pekan nih,...

pekan putatan malam (sumber dari Uncle Google)
okeh...untuk sampai kerumah, aku kena lalu sebuah jambatan nih, jambatan ketiau, jambatan ni terletak di jalan menuju ke Sabindo, atau Lok kawi, atau kem lok kawi. jalan ni dan jambatan ni memang agak terkenal jugak la dengan ke"keras"an. eksiden, orang mati kena bunuh, kereta dengan pemandu takda kepala (ni adik aku side by side dengan moto) . Sungai tu pulak ada jugak ceritanya, sebab diorang ada jumpa mayat kena bunuh kat situ. jadi keras la tempat nih, tapi aku belum lagi pernah jumpa dengan mana2 benda sehinggalah hari tuh.

Aku rasa Tuhan nak aku ingat, dan nak bagi aku tengok, sebab hari tu, serius aku ingat hari rabu, langsung tak sedar yang hari tuh hari khamis, kira jam aku lewat sehari dah ni...(biasalah kalau kena cuti 4bulan nih...) jadi, masa kami melalui jalan tuh, (jalan ni jalan utama kalau korang dari KK nak ke Papar), aku ternampak sekujur tubuh ni di hujung jambatan tuh. 

sumber dari google

Persepsi pertama
"siapa lah wat lawak ni?"

kemudian kitorang pun lalu jambatan tuh, aku mula naik heran, sebab benda tuh disebelah kiri jalan, tapi pengguna jalan ni nampak rilek ja semua, mak aku yang duduk sebelah tempat penumpang pun buat tak tau ja nih, tambah pulak motor yang potong kami dari sebelah kiri, selamba ja lalu...rilek ja..

van kitorang sekarang betul2 disebelah benda tuh

jarak kitorang cuma dalam 5 meter ja, sebab benda tuh berdiri betul2 dihujung jambatan dan disebelah jalan raya, yang memisahkan kitorang cuma lorong kecemasan ja, masa aku tuh aku leh nampak dengan sejelas2nya mata aku boleh nampak. tambah pulak dengan cahaya dari lampu jalan dan kereta, jadi memang jelas la...

"keadaan benda tu penuh dengan kesan tanah dan darah, macam baru je keluar dari kubur, masih siap berbungkus dengan semua ikatan masih terikat rapi, bahagian mukanya kelihatan, aku nampak mata dia tajam memandang kearah jalan masuk jambatan tu, mukanya penuh dengan lelehan darah,aku boleh cam yang benda tu lelaki,sebab nampak mukanya, pastu dia tak berdiri lurus, tapi condong kearah jambatan tuh."

kali pertama nampak, aku tengok ja benda tuh, dalam 5 saat camtuh, aku toleh, dia masih kat situ.

sekejap kemudian, aku toleh lagi, pun masih kat situ.

kali ketiga, toleh lagi! masih kat situ jugak!

kali keempat tak toleh dah, aku tanya mak aku, 

 aku : "mak, ada nampak apa2 ka tadi?"
mak: teda pun? pa kau nampak?
aku diam.

aku mula rasa debar, mula gundah, terus mula membaca ayat Kursi, peh...Tuhan jak tau perasaan masa tuh, nak kata manusia, tak jugak, sebab kalau orang, mesti mak aku nampak, dan persoalan kedua, boleh ke manusia berdiri condong camtu dalam keadaan terikat? persoalan ketiga, kawasan tuh kawasan kampung, takkan orang kampung tak nampak kot kalau manusia?

hah....aku Istigfhar...masa tu baru aku sedar, masa dan waktu, aduh....

sampai kat rumah, aku ceta kat parents aku, diorang kata "rezeki kau~"

Sampai sekarang, asal aku lalu tempat tu, konfem naik bulu roma, tak kira lah pagi ke, tengahari ke...peh...

ni kisah aku, takda tokok tambahnya lagi...terpulanglah korang nak percaya atau tak, tapi, kena ingat bukan manusia je tinggal di bumi ciptaan Tuhan ni...Wallahualam....

6 comments:

  1. i hate ghost story..

    ReplyDelete
  2. perghhh...apsal tak crite esok teros.??!!!

    ReplyDelete
  3. Because you abel, cannot take it...hihi....

    ik hanif : malam bru ada feel kata orang,,,,....

    ReplyDelete
  4. hihi....sama ada benda tu iblis atau benda lain, tak tau la...tapi, uish...tak nak la nampak lagi...

    nia : kalau dah kena live camtu, paling berani pun tetap ketar punya lah...haha

    ReplyDelete