Tuesday, November 29, 2011

Aku.

Assalamualaikum.
selamat pagi suma..
huh.......aku agak letih la....
aku tahu kenapa dan mengapa aku letih ni...
tapi apa yang aku boleh lakukan untuk mengubah perkara seperti ini?
kadang kadang aku rasa macam nak lari dari semua ni,
tapi aku taw itu bukan cara aku, aku tak suka nak berlari ni, letih.
sekali lagi, berpusing juga ke arah letih.

aku terasa nak menconteng tulisan di dalam hati ke dalam bulog ni, memang la jarang aku nak wat perkara camni, tak ngam pun dengan aku...ahaha...
hidup umpama sebuah lagu... bermula dengan verse pertama, kedua...dan kita masuk ke chorus kemudian bridge.... dan outro....aku rasa sekarang aku dalam verse kedua...tak sampai lagi chorus hidup aku, kadang kala aku jeles dengan orang yang hidupnya tak perlu nak bimbang dengan harta dunia, ada mak bapak sapot kehidupan diorang, cuma yang aku benci sangat tu, mulut kata takda duit, tapi gaya tak langsung macam di kata, henpon 2 3 biji, makan punya mewah, mudah ja diorang ni nak beli barang keperluan semua tu... tapi cakap pulak tak da duit, takdanya orang nak duit kw tu, mungkin takda hal sangat benda ni, tapi aku terasa cam hina pulak sebab yang tak berduit tu orang cam aku, yang beli hatta gula seposen pn kena loan dengan member,......

melihatkan member baik sangat bagi aku loan duit dorang untuk makan, aku rasa malu sangat...banyak dah aku susahkan diorang ni...tapi diorang still juga tolong aku....bersyukur jugak la aku, sebab dalam waktu aku susah ni ada juga member...kawan masa susah ni la yang aku takkan lupa sampai mati....
tapi aku tak rasa senang dengan pertolongan ni...sebab diorang pun bukan senang...dorang pun ada masalah sendiri...manakan dorang leh sapot aku lama2...mula dari semester ni, aku tak dapat dah nak balik berjumpa keluarga, mungkin 2 tahun akan datang baru aku dapat jumpa keluarga aku semula...macam duk luar negara la pulak...ahaha....sebabnya? harta dunia juga...haha~ aku syukur jugak dengan apa Tuhan bagi kat aku nih, sekurang2nya aku rasa susah masa ni, buat aku matang dalm masa muda ni, tak manja dengan dengan pertolongan ibu bapa, tahu rasa kais pagi x tentu makan lagi, berbanding dengan orang yang tak pernah rasa cam apa aku rasa, cuma sifat lurus yang sejak azali nampaknya memang takkan hilang di telan zaman la kot, haha~ panjang aku melalut nampaknya...tapi biarlah, namapun blog aku, hahaha!

keadaan aku sekarang~ semua seluar pun dah longgar~ terasa cam kecut ja badan nih~ haha! (jeles kan?)
kurus! tapi belum sampai tahap keding, tak lama lagi kot...sampai la tu...latihan tkd pun aku terpaksa tolak ketepi sebab kekangan kerja dan kewangan..ohoho~

aku tak pasti sampai bila aku boleh bertahan, hidup perlu harta dunia, dan aku punya hidup pulak kekurangan benda tu,...pernah terlintas dalam kepala ni untuk tamatkan semua ni, tapi aku pasti..ibubapa konfem kecewa, aku pun lagi kecewa... dah jadi contoh x baik pulak tuk adik2...jadi, kena teruskan juga sampai ketahap berlapar tahap mahatma gandhi~ perghh....

aku coretkan disini, orang2 yang pernah tolong aku dalam masa sekarang ni, aku takkan lupa, dan aku pastikan hutang budi nih aku langsai juga dan bayar kat korang...terima kasih la kat korang k..

3 comments:

  1. Aku dgn nama diberi , Jessica Lyn dgn IC nombor seperti dlm kad pengenalan aku mengaku like sgt sgt this post.xpa lah pul~~ seperti kata pepatah , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian....:) Seperti kata sir botak kami tu , " That's life . Life is not easy." Kita hanya tinggal 2 semester lg kat sini...pas tu praktikal dh...sekejap jer semua tu berlalu....sabar lah yer...:)
    Thumb up to your friends......masa sebegini baru kita kenal siapa kawan sebenar kan...n thumb up to u too....u r great....:)

    ReplyDelete
  2. thx 4 ur support...hihi~ wlaupun jarang bertegur sapa kn? haha~

    ReplyDelete
  3. jarang bertegur sapa...just senyum-senyum saja....welcome...:)

    ReplyDelete