Sunday, October 23, 2011

aku dan blog...boleh in-tune ka?

Selamat sejahtera la kepada semua, kalau aku cakap pagi nanti kmurang baca tgh malam, tak ngam la kan? haha~
okeh~ nampak ka atas tu? kmurang pulak tanya diri~ hehe~ bagi kmurang exercise minda sikit pagi2 cmnih~
k~ ne la jawapan aku kepada soalan di atas~ ehem2~
si aku nih seorang yang tak suka pegang pen yang sebenarnya lah. malas terlampau malas sampai fail exam gara2 malas nak tulis jawapan...pergh...kritikal nih~ tp bila berdepan dengan keyboard, secara natural jejari terus laju mengetuk keyboard~ aha~ terus berduyun2 la ayat tercurah ke skrin di hadapannya. 

pastu, si ak nih suka sangat berjalan2...maknanya tak boleh terperap di satu tempat untuk satu jangka masa yang lama, leh sot dibuatnya.tapi bila berdepan laptop,boleh pulak terpacak sampai 24 jam(betul nih,24jam~)

menambah lagi, si aku nih memang aktif (kot?) dan langsung tak da sifat2 yang membolehkan dia nih menjadi seorang blogger~ kiranya, dah ada malas, tak bole duduk diam, selalu blur lagi, macamana nak blogging? haha~ tapi sekarang ni la kenyataan, di luar tak semestinya sama dengan di dalam, dan dalam tak semestinya sama dengan kat luar tu~ 
okie~ 

aku rasa itu ja la kot

di kaki ini ada nota : dari kamu seja bha maw tinguk dan pikir cmna~ haha~

segment : Jalinan ukhwah bersama cik atiera

Selamat malam!! eh~ ka selamat pagi???
~assalamualaikum~
lma jua si aku tak update entry kan?
ni kali aku ditarik oleh seorang gadis..??hah~
bukan cam kmurang pikir k~
si gadis nih menarik aku kedalam seseuatu yang kiranya menarik minat aku selaku budak baru dalam blogging nih...tenkiu gadis selangor !!!



hmm~ aku tau..aku tau...sememangnya kmurang heran dgn tahap kekiutan banner nih~
tak macam aku pun kan? sebab bukan aku yang punya nih~ haha~
tapi nih segmen yang aku rasa bagus lah untuk erat silaturahim dengan orang lain a.k.a blogger sekalian~ jadi aku teruskan ya? (ah! maw g tanya~ teruskan saja bha!)



nama : mohd saiful azrie
nama lain : epul,cepul,azrie? 
umur : dengan bangga,21!! boleh menentukan masa depan negara dah~(mengundi la~)
pertama kali tengok dunia : 28 mac
belajar kat na? : uitm kb, kelate
kursus? : pengurusan perniagaan~ pemasaran! 
asal blogger : sabah!! yeah!!! 
aku rasa hobi? : pesbuking, blogging, main2, gitar!! musik!!!! wargh!!!!
warna yang ku gemar? : hitam , biru , merah , macam semua aku suka la~ haha
cita2 : pro marketer~ dalam proses~

hmm~ tu ja kali, kalu nak lebih? boleh saja~ tapi nanti la k? hehe~
nak join menda nih? klik banner tu dan sampai la ke destinasi

sapa aku nak tag?

sekian la kisah~ haha~

Tuesday, October 18, 2011

kenapa bila malam fikiran mula menerawang?

malam, malam, malam, malam, malam.
asal malam ja mesti mula nak jiwa2 nih~ uhu~
..."aku telefon dia,namun terkelu lidah tatkala mendengar suara di sebelah sana,aku cuma mampu diam dan menutup mata,tanda aku takut,takut dengan kenyataan bahawa dia masih ada dalam hidup aku walaupun aku cuba melupakan dia,aku lepaskan dirinya kerana dia bukan untuk aku,keputusan yang aku lakukan setelah suara seorang lelaki menyatakan bahawa dia dan lelaki itu pasangan yang bahagia,dan dia juga tidak menafikan kenyataan itu. walaupun lidahnya lancar membait kata-kata sayang kepada aku..."
true story

Wednesday, October 5, 2011

A thing or Two about Malaysia

ini adalah apa yang aku lihat semasa aku berada di hari peladang (banyak barang murah wei~) untuk melepaskan lelah study, biasalah kalau pelajar, dimana ada murah disitu la dia, dimana ada diskaun, nampaklah dia, dimana ada promosi, disitu lah dia membelek2, kan? haha~

-------------- jejari mula merapu -----------------------


normallah kalau mula merapu, okay, sekarang apa yang aku nampak disana? ini adalah event yang berlaku di newcastle kelantan baru2 nih~  antara event yang aku hormat, event nih lah...kenapa? sebab bisnes ada di dalamnya, mengubah taraf hidup rakyat pun ada juga. kenapa lagi? hari peladang nih boleh dikatakan medium untuk para SME a.k.a IKS  memasarkan dan mempromosi produk mereka, dari air minum, sampailah kraf tangan, sehinggakan ubat panau, jerawat dan entah apa lagi punya ubat. baguslah begitu kan? ada juga peluang usahawan tempatan nih nak bertapak. selain tuh, ada juga jual baju, kasut dan lain2 yang meme* menarik minat remaja nih, sebab murah kan...pastu lawa dan bergaya, JENAMA terkenal lagi, haha~ you know what i mean~  dari segi kualiti tuh, TAK perlu BIMBANG lah...hehe~ kalau pandai mata melihat,bijak tangan membelek, pandai hati memilih, boleh tuh dapat yang berkualiti...hehe~ walaupun tak berapa nak ori~ haha~ (pengalaman menjelajah jualan bundle) . event nih di buat di perkarangan stadium kat sini, jadi, tempat tuh aku boleh cakap agak strategik, sebab memang tumpuan orang pun... walaupun masih banyak lagi peningkatan yang boleh dibuat, ehe~ buah, sayur, barang bertani, hah~ itu memang ada lar, dah namanya hari peladang kan~ ahaha

---------------- tenang -----------------------------

satu aku nak highlight sini, satu persembahan dari dua orang beliau,aku ada amik video diorang nih, tapi aku tak dapat nak upload pi sini lah~ server rejected dia kata, (korang bagi lah suggestion camna nak atasi hal nih) jadi aku cerita ja lah. diorang nih membuat satu persembahan silat lah, sempena penutupan hari peladang tuh, apa yang hebat? diorang perform tuh lebih dari 15 minit, bersilat tuh! beliau tuh! pergh~ memang respek tabik spring lah~ nampak gaya diorang nih memang dah biasa buat persembahan, tapi mungkin sebab ke-beliau-an diorang nih,  diorang tak lah sepantas mana, dan nak angkat kaki pun macam susah ja nak capai kepala nih...ehem! tapi bukan itu fokusnya, apa yang aku lihat, ialah bagaimana warisan itu masih wujud dan terus diperjuangkan, tapi sayangnya generasi muda tuh yang kurang, aku tak cakap tak da, tapi kurang...

aku tahu sememangnya ada dan ramai yang mempelajari warisan nih, tapi ada tak diorang nih memperjuangkannya? supaya tak luput ditelan masa? aku tak salahkan muda atau yang tua, cuma aku rasa terpanggila nak menceritakan hal nih, kenapa tidak kita bersama2 menjaga warisan kita nih? bukan setakat silat jak, tapi semua yang lain. langkah kerajaan tuh tak payah cerita lah, diorang tuh dah banyak dah buat kerja, cuma tinggal kita nih sebagai rakyat untuk menyedari tentang hakikat nih. bagaimana nak perjuangkan kmurang tanya? hehe~ banyak cara der~

  • join jak dan belajar tentang warisan kita.
  • promosi dan tahu tantang warisan tuh.
  • tidak memperlekehkannya.
  • sayang lah dengan warisan tuh,tak da salah kan?
ahha~ macam?

dia nih pun belajar silat, kita?