suasana malam di kota bharu - bukan gambar hak milik aku |
-------------------- diam seketika --------------------------
tengah-tengah malam ni di tengah bandar di tengah negeri orang ni, mesti ada bunyi deruman enjin memecah sunyi malam, tiap malam dengan situasi yang hampir sama, aku maksudkan penunggang kuda malam (ataupun itu yang aku gelar). pelumba-pelumba berbakat yang sayangnya mencurahkan bakat di tempat yang amat sangat tak sesuai. bertempek-tempek dah aku lihat berita-berita maut ni. memang sah-sah diorang ni menempah bilik kecil yang tak berpintu ni. tapi masih juga nak menunjuk kehandalan. bila aku tanya mereka, mereka jawab ia demi keremajaan, cabaran, kepuasan...ada juga nak nama, tunjuk kuat, mencari gewe atau awek atau cikaro atau cewek dan seumpamanya....aku tak juga membenci spesies malam ni, sebab aku kagum juga dengan kehebatan diorang terutama dalam hal permotoran ni dan moto itu sendiri, siap ubahsuai sendiri lagi. tapi lagi baik kalau ilmu yang diorang ada tu di curahkan di baldi yang betul. pergi kerja kat modenas tu, dan bantu negara cipta motor yang lebih baik, sah-sah hidup lebih baik daripada berjudi nyawa yang satu itu di tengah jalan yang menjanjikan kematian seperti katak melintas jalan.
----------------aku diam lagi ------------------------
Pakcik baju biru? abang baju putih? ini satu lagi kisah. aku agak hormat dengan orang yang menjaga keharmonian ni. tapi sayangnya diorang ni sesetengahnya ada yang sekadar memakai baju sahaja tapi didalamnya berbogel~ suatu malam yang lepas-lepas, aku 'g derak'(berjalan-jalan daa~) bersama geng serumah menaiki kaki yang rajin melangkah ni. agak lewat juga waktu (11 malam tu masih awal lagi,ni lagi lewat) tu, ramai rupanya pakcik dan abang2 ni buat rondaan, tabik spring sikit~ tapi bila dinilai semula, tempat dorang meronda tu, xda satu pun joki2 yang kelihatan~ hah! tidakkah ini pelik???? aku tak komen lebih tentang hal ini melainkan menilai dari sudut pandangan aku sebagai salah seorang rakyat yang cintakan negara ini,chewah~
untuk kali ini, aku noktahkn entry dengan menekan butang 'publish post' kat bawah ni. ditutup dan dikunci dahulu pili minda ni, mata dah semakin memberat dan kepala mula merengek meminta rehat. heh~
----Aku Tidur --------
No comments:
Post a Comment