Tuesday, September 27, 2011

kenapa tak boleh tidur malam?

ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh aku,dan kmurang juga~ mesti ada yang susah nak tidur nih, tak pun, tidur tapi kejap2 terjaga, ataupun terbangun awal sangat. heh, aku tahulah sebab aku pun macam nih, tapi...kenapa perkara nih berlaku?

__________ aku tak bohong ____________________

pertama sekali~ paling mudah,sebab penyakit atau allergik reactions. bila kita batuk2, atau selsema, memang sangat mengganggu bila tidur..hehe

kedua~ emosi diri kita....bila kita dilanda masalah, memang ternyata mengganggu waktu tidur kita, sampaikan ada yang berhari2 tak tidur, tekanan perasaan, stress, trauma...ni antara contoh dan punca tak boleh tidur.

ketiga~ gaya hidup...kalau gaya hidup tak sihat nih, kompom2 lah susah nak tidur, haha...merokok, nikotin dalam rokok tuh boleh menyebabkan otak kita nih tak dapat berehat dan terus2 bekerja...betul nih...aku tak bohong~

nak atasi masalah nih???

paling mudah, makan ubat lor~ hahha
yang kedua nih, lebih sihat dan natural.....dalam badan kita nih ada jam...sebab itu lah kita boleh tertidur dan terjaga... biasanya jam nih pandai offset daripada masa sebenar. jadi kita cuma perlu set masa di badan kita supaya selari dengan masa sebear...kmurang tanya macamana?? hehe~

caranya~ benarkan diri kita untuk tidur awal. dan mengikut masa.gunakan jam loceng untuk bangun. kalau kita selalu terjaga awal, cuba tidur dikawasan yang kurang cahaya, sebabnya tuv=buh kita bertindak terhadap cahaya, bila kita terkena banyak cahaya, kita lebih mudah untuk terjaga~ hehe~

info nih aku dapat dari sini . sebab aku bukan pakar dalam psikologi nih, cuma sekadar berkongsi maklumat tentang masalah yang aku juga hadapi~ ehhe

tidur macam beruang nih~ best~ lol~

Monday, September 26, 2011

TAEKWONDO


hari nih aku tergerak nak kisahkan tantang taekwondo,atau ringkasnya TKD. aku tak kan cerita tentang asal dan sejarah TKD nih, kamurang boleh view kat sini. jangan takut, hanya aku link ke auntie wiki jak~ kebaikannya TKD nih? bagi yang agak rasa diri hebat dan bergaya,ego dan jahil, sudah pasti diorang akan cakap yang mempelajari TKD nih buang masa dan memenatkan jak. yalah, dengan rejimen latihan yang menyeksa setiap inci tubuh badan nih, mesti ramai tak sanggup...haahha~ tapi bagi aku, diorang nih tahu cakap saja~ aku suka dengan sukan nih, unik, dan sudah  tentu menyihatkan tubuh. itu tak perlu disangkal lagi. dalam kita belajar tentang tubuh kita, dapat juga belajar tentang falsafah dalam tkd nih, kmurang  boleh tengok filem Spinkick (korea) tuh. filem tentang tkd juga tuh. lain daripada tuh, kita dapat juga jaga diri kita nih dan pertahankan diri kita. tak percaya? korang cuma perlu tengok kat youtube. cari GTF atau ITF punya tournament and sparring. diorang nih cuma pakai headgear,sarung tangan, n kaki, WTF pulak ada tambahan body armor, biasalah kalau sukan, keselamatan tuh penting. bayangkan kalau kmurang berdepan 1 lawan 1 dengan diorang nih, agak dapat lepas tak? haha~ aku tak cakap korang lemah, atau diorang nih kuat. tapi, individu yang mempunyai lebih pengalaman dan ilmu mesti akan menang, betul kan?

------------ kaki aku sakit ----------------------

malam tadi aku baru jak menjalani latihan tkd. habis sakit2 badan nih, sebab dekat 4 bulan dah aku tak berlatih, jadi badan pun jadi berkarat nih. tapi aku puas sebab bila badan sakit itu maknanya latihan yang kita buat tuh ada hasil. aku tak bohong nih~ sakit badan tuh cuma sekejap jak...paling lama pun seminggu, pastu dah tak rasa lagi, sebab tubuh kita dah sedia dengan latihan tuh, jadi kekuatan badan kita pun meningkat. dan jadi lah lebih seksi dan sasa. tapi kmurang kenalah konsisten bila berlatih, dan fokus serta enjoy, baru latihan itu bermakna. kalau terpaksa, bagus tak payahlah, sebab mindset kmurang dah macam tuh, maka badan pun akan ikut setting otak tuh~ hehe~

------------- nak lagi? ----------------------

kalau kmurang ada masalah dengan otak kmurang, boleh juga try latihan tkd atau lain2 sukan... kenapa? sebab di otak kita nih emmerlukan darah dan oksigen yang banyak untuk menjadi cerdas. nak cerdas? kenalah cergas. untuk cergas kenalah bersukan. bila bersukan, kita berpeluh, aliran darah pun jadi lancar. bila lancar, tak adalah otak jammed dan block serta blur~ haha~

dah takda orang nak cuba buat jahat kat diorang nih~

taekwondo