Saturday, June 1, 2013

Sesuatu di dalam hati

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

tengah2 malam macam ni, aku teringat.

"orang lain aku boleh agak orang macamana dorang suka, tapi ko? yang macamana ko suka sebenarnya?"
kata seorang rakan.

"ko kan hati batu. takda perasaan. hahaha~"
kata seorang rakan.

dalam hati aku? tiada apa2 yang terlintas untuk menjelaskan atau memahami apa yang dorang katakan.

"ko bukan ada awek ke? mustahil takde awek."
kata seorang kouhai.

dalam hati aku? ketawa kecil. pernah ada.

"ko carilah awek, tak rasa sunyi ka?"
kata seorang rakan.

aku menjawab. kenapa aku perlu rasa sunyi? tak perlu aku buat repot harian macam korang.

mungkin aku penat. mungkin aku letih. letih dengan satu bab dalam hidup seorang manusia ni. satu bab yang memang setiap konfem lalu punya.

"ko bawa la dia keluar, macam dia minat ko tu."
sorang rakan mengatakan.

aku tak minat. buat apa nak aku sibuk?

tak dapat aku nak jelaskan.

Sunday, April 14, 2013

Contoh Hidup Kosong

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

terbangun daripada tidur, celik mata, melihat siling di atas...toleh ke kiri, pintu terbuka luas, menunjukkan cuaca mendung selepas hujan, jam sudah tengahari...toleh ke kanan, seorang lagi member masih lena. bangun kemudian menuju ke bilik air, sambil membawa tuala, memandang air didalam baldi sambil air daripada paip mencurah kedalam baldi bekas cat yang lama. kosong.

selesai menguruskan diri, mundar mandir di dalam rumah tanpa arah tuju. tidak tahu apa yang perlu dibuat, kosong tanpa tujuan.

otak seakan2 tidak tahu apa yang perlu difikirkan, seperti baru melihat cahaya setelah terkurung dalam kegelapan. pelik. tapi kosong.

duduk dihadapan komputer, memasang lagu, kemudian memegang gitar, namun tiada bunyi terpetik. kosong.

mungkin terlalu jauh tertinggal...kosong.