Tuesday, January 10, 2012

semangat Assabiah (bukan ceramah agama)

Assalamualaikum~

Selamat Sejahtera~

wah...aku baru jah lepas dua kertas peperiksaan, ahai~ sukanya~ kenapa? sebab aku boleh jawab, ya! aku takkan kata soalan susah nak mampos ka atau apa2 supaya korang senang hati, aku bukan orang yang suka menipu macam tu, menipu supaya kawan2 dia tak kata macam2...aku akan kata dengan terus terang.

Ya, aku ada belajar. soalan2 tadi agak susah tapi syukur tangan saya tidak berhenti dari menulis dan otak saya tidak buntu daripada memikirkan jawapan.

OK!

Assabiah

Semangat Assabiah ni bermaksud semangat kenegerian, atau berpuak2. itu adalah maksud paling mudah la untuk menjelaskan Assabiah ni. Perkataan Asabiyah berasal dari perkataan Arab yang kata dasarnya daripada perkataan asab yang bererti mengikat, contohnya mengikat individu-individu ke dalam masyarakat (asbtun, usbatun atau isabatun). Asabiyah juga berasal dari perkataan asaba.  Istilah asabiyah telah diterjemahkan sebagai “espirit de corps”, “penyokong”, “keakraban”. “parti”, “kesedaran kabilah”, “hubungan darah”, “semangat kepuakan”, “kesetiaan kepuakan”, “minda berkumpulan”, “perasaan kepada kesatuan”, “kesedaran semangat berkolektif” “perasaan berkumpulan”, “solidariti berkumpulan”.



itu adalah definisi Assabiah. sekarang kita boleh nampak apa itu assabiah kan? sekarang lihat pula dalam masyarakt kita ni, ada ka? aish~ mestilah ada, paling jelas ialah semangat kenegerian, assabiah ni tak lah merujuk kepada negatif semata mata, ada jugak positif nya, tetapi bila sudah jadi obses dan melampau, itu tidak lagi positif tetapi menjurus kepada sesuatu yang buruk.

hah! aku akan mengisahkan satu benda yang benar, demi tak memburukkan mana2 pihak, jadi aku tak utarakan nama atau identiti. sebagai pengajaran la kepada kita semua...

kes ni berlaku kat satu negeri tu, biasalah datang negeri orang ni, kita kena belajar cara diorang, ni salah satu cara untuk hidup di rantauan. salah satu benda yang kami tau bila disini ialah, bila tengok pasukan main bola, jangan sesekali menyorak pasukan lawan negeri tu, sokong tak pa, tapi jangan sorak, kenapa? sebab korang akan dibelasah di luar selepas perlawanan tersebut, lebih2 lagi kalau pasukan korang tu menang, ni kisah benar dan diceritakan sendiri oleh orang tempatan tersebut, nampak tak semangat assabiah disini? tidak mengapa menyokong negeri sendiri, tapi jangan sampai obses sampaikan kes kecil camni pun leh sampai nak bunuh orang. ini adalah semangat yang salah.

bagus ka camni? hebat kah kalau macam ni? persoalan muncul disitu, kita tanya diri sendiri, assabiah tu memang wujud dalam setiap diri manusia, tapi bezanya adakah korang obses atau pun assabiah tu menguasai diri sehinggakan korang boleh hilang pertimbangan?

korang jawab sendiri.

aku terkena dengan keadaan camni, dorang mengangap bahawa puak mereka atau negeri mereka lebih hebat dari yang lain, sampai diorang rasa diorang ada hak untuk hina orang lain. aku tak tujukan ini kepada kumpulan tertentu, cuma sekumpulan minoriti yang mungkin sangat sempit fikiran otak mereka dan bergaul dengan kalangan mereka sampai tak dapat terima kehadiran orang yang berbeza dari mereka.

itu masalahnya bila fikiran seperti katak dalam tempurung, sayang belajar tinggi2, tapi otak tak setaraf dengan tahap pendidikan...tiada yang memuji pun diorang ni menghina orang lain, melainkan tertawa sinis dengan kesempitan akal2 mereka nih...

nota kaki : berharap sifat keterbukaan yang positif akan mekar dalam generasi akan datang.

Monday, January 9, 2012

ada sesuatu dalam pembinaan!

Assalamualaikum~
Salam sejahtera~

ya~ pemilik blog ini baru saja menguarkan pelan baru yang akan dibina di dalam blog ini, iaitu jambatan dari kota bharu ke kota kinabalu~ merentasi laut china selatan~ jadi rakyat jelata sekalian sila lah bersabar dengan sebarang kelewatan atau masalah yang akan timbul di kemudian hari~

Ini bukan sebab PILIHAN raya

tidak sama sekali wahai rakyat ku, saya sebagai perdana menteri blog ini bukan buat projek ini kerana pilihan raya, tidak sama sekali, tetapi sebagai fokus baru kepada arah tuju blog ini, sebenarnya sudah lama projek ini di pelan dalam diam dan di dalam kelambu~ dan tidak lama lagi, rancangan ini akan dimulakan.

nota kaki : harap projek ni jadi~ hihi~ dah jadi nanti datang la usha2 ar? hoho~ projek apa? hehe...kejutan!!!! atau dalam b. inggeris 'surprise!!!!!'